Pages

Thursday, 12 December 2013

Roh suami balik rumah


Alkisah ada seorang isteri yang cantik yang baru kematian suami. Setelah selesai majlis pengkebumian, si isteri pulang ke rumah.

Pada malam itu, si isteri bersendirian di dalam rumah. Tiba-tiba pintu rumah rumahnya diketuk, Tok! Tok! Tok!

"Assalammualaikum?...".


Si isteri terkejut seraya bertanya, "Siapa?"


Terdengar jawapan dari luar, "Aku ni, suamimu!"

Si isteri berasa hairan, "Eh! kenapa abang balik? Bukan abang sudah mati?"

Kemudian si suami menjawab, "Ada sesuatu yang ingin aku sampaikan..."

Si isteri berdebar-debar lalu berkata, "Jangan berjumpa dengan saya lagi, bukankah abang sudah mati, jangan ganggu  saya lagi. Kalau sudah mati tu, mati saja"

Si suami mendesak, "Please, sayang! Ini sangat penting!"

Si isteri tetap berkeras, "No! Abang sudah mati, saya  takut..."

Si suami menekan lagi, "Penting sayang! Dua minit! Bagi abang dua minit saja"


Lalu si isteri membuka pintu. Si suami tersenyum lalu berkata, "He he he... Yeah! Yeah! Jadi balu! Yeah! Yeah! Jadi balu!"

Si isteri melenting, "Hantu gila... pergi mati balik" sambil menghempas pintu.

P/S : Cerita orang! macam-macam jak.


Warning Shots:

6 comments:

  1. hehehe ala just nk takot kn bini die aje er..bini nyee cool jee hehe

    ReplyDelete
  2. mcm ndak berapa faham plak ni busku..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita lawak jak ni... laki dia bangkit takutkan bini. hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Hoist to 'em

Blogged.my Blog Directory & Search engine

how many be 'ere?

sum o' spies

Networkblogs Buckos