Pages

.

Monday 23 December 2013

Pendaftaran dan Permohonan BR1M 2014


Perhatian! Perhatian!

Rasanya sudah ramai yang tahu, tapi tetap mau menceluparkan diri untuk bagitau.

Kepada sesiapa yang layak tu, bolehlah memohon BR1M. 

Permohonan secara online sudah dibuka sama ada permohonan baru atau kemaskini maklumat sedia ada.

Sila layari laman sesawang : E-BR1M


Syarat-syarat kelayakan;
I) Warganegara Malaysia
II) Lelaki/ Perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah/ ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah kurang dari RM 4,000.
III) Warga emas sebatang kara (60 tahun ke atas)dengan jumlah pendapatan kasar bulanan di bawah RM 4,000
iv) Bujang yang berumur 21 tahun ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM 2,000 ke bawah.


*Pemohon yang pernah memohon tetapi tidak layak menerima, boleh memohon semula.

*Kemaskini maklumat selain maklumat isi rumah dan status perkahwinan. 
Bagi pengemaskinian maklumat isi rumah & status perkahwinan, permohonan (borang) hendaklah dihantar ke Caw. LHDN yang terdekat.

Sila kemukakan bersama;
I) Salinan Mykad bagi pemohon
II) Mykad/ PR/ Passport bagi suami/isteri (jika berkenaan)

*Penerima Baucar Bukur 1Malaysia tidak layak untuk memohon BR1M 2014.



Pemohon yang pernah memohon sebelum ini tidak perlu lagi mendaftar untuk kali ketiga, tetapi kemaskini maklumat diperlukan sekiranya ada perubahan.

Borang permohonan boleh didownload di : BORANG BR1M

Borang juga boleh didapati di cawangan-cawangan berikut;-
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
Borang yang telah diisi  lengkap (permohonan baru atau kemaskini secara manual) serta disertakan dengan dokumen berkaitan boleh dihantar ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri berhampiran.

*Permohonan dibuka sehingga 31 Januari 2014
*Kemaskini hanya boleh dibuat sekali sahaja. Kemaskini selanjutnya hendaklah dibuat di Cawangan LHDN berdekatan.


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka pada 23 Disember lalu, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.


Updated : 04 Febuari '14

13 comments:

  1. thanks for sharing..bru nk update ;)

    ReplyDelete
  2. nak tanye..kan da buat melalui online cume lupe nak letak no akaun bank..nak buat macam mane ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk https://ebr1m.hasil.gov.my/ dan klik butang "kemaskini permohonan br1m"

      Delete
  3. bila dah kemaskini..kami prlu cetak ke borg yg telh dikemaskini 2? then borg 2 kne dihantar ke pjbtny ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah. sb data dah simpan dalam sistem. Yg hantar borang tu cuma yang buat permohonan secara manual.

      Delete
  4. salam. nak tanya. borg tu kena cetak kan? Kalau masa tu xboleh nak cetak, save pdf pon xboleh mcm mana eh? takpe ke? sbb mungkin time hantar tu line tenet slow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu yg dah isi online, x pyh cetak pun, x pa. Klu nak cetak, mungkin utk simpanan sendiri je kot. Tp, klu kita ragu2 application tu dpt hntr atau tak, boleh update balik klu line dah ok, just in case, takut tercicir.

      Delete
  5. salam... untuk permohonan baru melalui online, kena sertakan salinan ic ker? terima kaseh...

    ReplyDelete
  6. Salam,sy nk tnye ckt..lau kte da isi borg br1m tu pstu nk update tp trslh plih mklumat PEKRJAAN spttnye klip kt MAKLUMAT BANK..agak2 mjdi ke tak?mohon pd sesape yg arif sal ni tlg jwb..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sebelum ni pernah terima br1m, rasanya takde masalah, tak pasti pula kalau dia masukkan duit terus ke dalam bank. Kalau terima secara manual macam dulu tu, rasanya maklumat bank tu takde guna pun. Tapi, kalau dia terus bank-in, lain cerita. Kena update secara manual plak, pergi kat mana2 cawangan LHDN yang terdekat kerana update online tu boleh buat sekali je.

      Kalau tak jelas boleh tanya lagi. Harap ini dapat membantu.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sum o' spies