Pages

.

Saturday, 16 November 2013

Nampak hantu!? What to do?




Pontianak? Langsuir? Toyol? Jerangkung? Hantu Raya? Hantu bangkit a.k.a Hantu bungkus? Pocong? Galap a.k.a Hantu air? Hantu kokok ~ah! sabahan a.k.a bunian? Babalan@B kuasa dua@M kuasa 2 a.k.a hantu penanggal? apa lagi... ah!.. Hantu Kak Limah?



Ada macam-macam jenis hantu. Andai kata ditakdirkan "TERjumpa" dengan "mereka-mereka" ini, apa tindakan anda?

Kalau orang-orang tua dulu, dorang ada banyak tip-tip yang "agak berguna" bagi mengelakkan kita diganggu oleh "mereka-mereka" ini. Contohnya, kalau nampak pontianak, kita disuruh berbogel, apa tujuan? tidak pasti. Lepas tu, kalau masuk hutan, pakai baju terbalik untuk mengelak disorok oleh bunian. Ataupun, kalau sudah tersesat dalam hutan, pakai baju terbalik, konon-konon boleh jumpa jalan keluar. 

Ada lagi, kalau terasa macam ada "penumpang", buanglah batang mancis atau apa-apa objek ke atas jalan sebab konon-kononya "penumpang" a.k.a hantu bangkit ni suka mengira. Jadi hantu bangkit itu akan mengira objek-objek yang bertabur di atas jalan tu. Kalau kes Hantu Penanggal ni pula, guna kulit limau atau duri daun pandan/ limau letak di luar rumah. Dan, banyak lagi. Kalau disenaraikan, mesti panjang ~menarik tapi aku malas~.


Apa pun, cara-cara tu cuma kepercayaan dan amalan orang-orang dulu. Saya sendiri tidak pasti kalau cara-cara itu berkesan. Tapi untuk kes Hantu Penanggal tu, memang agak berkesanlah sebab kulit limau atau benda tajam ni memang pantang Hantu Penanggal. Majoriti orang Sabah buat. 

Untuk makluman, penggunaan daun limau atau duri-duri itu hanya untuk mencederakan fizikal jin tetapi tidak dapat membunuh jin ~Umur dorang panjang oo~

Walau apapun gangguan yang "mereka-mereka" ini buat, kita tidak perlu TERLALU TAKUT. Jangan pula TERLALU BERANI. Ndak pasal-pasal nanti kau sawan sendiri.

"Mereka-mereka" ini juga adalah makhluk Allah. "Mereka-mereka" itu adalah Iblis-iblis belaka. Yang pastinya, ini adalah salah satu cara "mereka-mereka" untuk menyesatkan umat. Yalah, kalau sudah terlampau takut tu, mesti lupa pada Allah ~nampak dak di situ?~

Nabi SAW sendiri pernah diganggu oleh iblis semasa baginda bersolat. Inikan lagi kita. Namun, Baginda SAW ada mengajar kita cara untuk menghindarkan diri dari diganggu oleh "mereka-mereka" ini.


Amboi intro! Panjang. Fokus sebenar entri ini cumalah untuk  berkongsi doa menghindarkan kita daripada terus diganggu oleh syaitan atau jin.

Kalau terdengar suara-suara berbisik, memanggil, mengilai atau apa-apalah bunyi yang kurang menyenangkan dan menyentap jantung tetapi rupa fizikalnya tidak kelihatan, baca doa di bawah;


A'uzu bikalimatillahitammati min syarri maa khalaq

Aku berlindung kepada Allah dengan  perantaraan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluknya

Lain pula kalau kesnya "terjumpa" "mereka" di depan mata. Fizikalnya nampak dengan jelas. Eye to eye la orang bilang, sama ada hantu bungkus, langsuir, toyol, hantu tinggi, hantu kudung, hantu pendek atau yang sewaktu dengannya berdiri depan mata dengan lidah terjelir, kepala tergantung, badan separuh, atau cuma nampak kaki kah, ataupun cuma mata ja... doa ini pula yang dibaca,


A'uzu billahi minka, Al-anuka bilaknatillah

Aku berlindung kepada Allah dari engkau, Aku melaknat engkau dengan laknat Allah


Atau, kalau rasa sudah tiada masa untuk baca doa panjang-panjang, cukup baca,

Al-anuka bilaknatillah

*Nota : 
Doa inilah yang dibaca oleh Rasulullah semasa baginda diganggu oleh syaitan ketika bersolat. Baginda membaca "A'uzubillahi minka" kemudian baginda berkata "Al-anuka bilaknatillah" sebanyak tiga kali (berdasarkan hadis sahih riwayat Muslim).

Insyaa Allah "mereka-mereka" lari terkencing-kencing, terberak-berak. Dan Insyaa Allah gangguan dapat dihindari.
Sentiasa memohon perlindungan daripada Allah. Bukan dengan tangkal-tangkal datuk nenek moyang bagi.

9 comments:

  1. boleh share tak ilmu nie??

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, tak pernah. Dan semoga sentiasa dijauhkan daripada dibuka hijab itu. Tapi doa tu insyaallah cuba diamalkan. Terima kasih.

    Tentang cara halau hantu orang dulu-dulu sangat unik. Ada yang logik, ada juga yang nampak macam.... urm.. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasal... kalau cara2 yg pelik tu sy tak tau berkesan atau tak... sy tak pernah cuba.

      Apapun, berserah dan berlindung dengan Allah je cara yg paling berkesan. Wallahu'alam,

      Delete
  3. Betul2... UAI pun berpesan...suruh baca surah di atas...ape2 pun terima kasih..

    ReplyDelete
  4. terima kasih kongsi ilmu.. alhamdulillah.. moga2 Allah bantu kita dihindari makhluk2 halus yg menganggu.

    ReplyDelete
  5. Takut tu mmg ada dan ia biasa pd manusia tp kena lawan juga,sampai bila nak jd pnakut.. jd ada jugak ayat yg baik untk kamu cth nya kalau ayt di atas xckuo yakin bacalah hasbunallah wanikmal wakil nikman maula wanikman nasir.. Allah adalah sbaik pnolong dan sbaik2 pelindung.. doa nie nabi ibrahim guna masa dihumban dalam api.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sum o' spies