Pages

.

Sunday, 8 December 2013

Kesalahan yang menyebabkan solat tidak sah tanpa disedari



Sedar atau tidak semasa bersolat, perkara-perkara yang kita lakukan di bawah boleh menyebabkan solat yang kita tunaikan tadi tidak sah.


1. Membaca takbiratul ihram pertama dalam hati.

2. Membaca Al-fatihah dalam hati.

3. Membaca Tahiyyat Akhir dalam hati.

4. Selawat pada rakaat terakhir dalam hati.

5. Membaca salam pertama dalam hati.

Adapun kelima-lima perkara di atas merupakan RUKUN QAULI (PERKATAAN) iaitu wajib dilafaz/disebut dan didengari oleh telinga sendiri. Lafaz mesti bersuara. 

!!! RUKUN QAULI TIDAK BOLEH DIBACA DI DALAM HATI.!!! Tidak kira lelaki atau perempuan, kelima-lima bacaan tersebut hendaklah dilafaz dengan jelas, mengikut makhraj serta tajwid dan didengari oleh telinga sendiri. 

Bacaan tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Menurut dalil dalam hadis riwayat Abu Daud (disahihkan oleh Al-Hakim dan disetujui oleh AzZahabi) bahawa Nabi SAW menegur Abu Bakar RA agar meninggikan sedikit suaranya kerana terlalu perlahan dan menegur Umar RA agar merendahkan sikit suaranya kerana terlalu nyaring.

Adapun beberapa perdebatan berlaku mengenai hukum bacaan secara berbisik. Setelah membuat beberapa pencarian, apa yang saya faham, bacaan secara berbisik adalah dibenarkan dengan syarat sebutan huruf bacaan adalah jelas dan betul makhrajnya serta kedengaran di telinga sendiri. >>penjelasan 1<< >>penjelasan 2 <<

Untuk pemahaman yang lebih lanjut, dengar penjelasan UAI mengenai Rukun Qauli.




9 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sum o' spies