Pages

.

Wednesday, 20 April 2011

KELEBIHAN SURAH YASIN

Bismillahirahmanirrahim. Assalammualaikum W.B.T...


Hadrat Ata Ibni Abi Ribah berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,"Sesiapa yang membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi". Dikatakan lagi di dalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali."

Menurut sebuah hadith yang lain, Allah S.W.T membacakan surah Yasin dan Taha 1000 tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,"Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya(menghafalnya) akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati". Satu lagi riwayat yang seumpama ini, "Sesiapa yang membaca surah Yasin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca keatas orang yang mati."

Menurut satu riwayat Rasulullah S.A.W bersabda, "Hatiku menghendaki supaya surah Yasin berada disetiap hati Ummatku,.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

Sabda Rasulullah S.A.W,  "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya". Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

Baginda bersabda lagi, "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada harikemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik".
  

Wallahu'alam.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sum o' spies