Pages

.

Thursday 5 May 2011

ADAKAH SOLAT KITA DITERIMA OLEH ALLAH?

Semasa bersolat, kita menganggap ibadat kita sudah sempurna kerana telah melakukan perkara-perkara rukun sembahyang mengikut tertib. Tetapi tidak pernah terlintas di fikiran bahawa ibadat yang kita tunaikan itu diterima Allah atau tidak. Ada beberapa perkara yang kita manusia sering terlalai semasa menunaikan solat. Perlu diingatkan, kita tidak seharusnya kelam-kabut semasa mengerjakan solat kerana perbuatan tersebut menyebabkan kita mengabaikan rukun terpenting dalam solat justeru menjadikan solat kita tidak sah. Rukun yang dimaksudkan di sini ialah Toma'ninah atau berhenti sekejap.

Menurut Mazhab Shafie dan Hambali, Toma'ninah ialah salah satu daripada rukun sembahyang. Oleh itu, hukum meninggalkan rukun sembahyang mengakibatkan solat kita tidak sah dan tidak diterima oleh Allah. Ramai antara kita yang tidak mengambil berat tentang toma'ninah. jika tiada toma'ninah dalam solat, maka solat seseorang itu boleh TERBATAL.

Terdapat 4 tempat di dalam solat yang perlu toma'ninah iaitu RUKUK, ITIDAL (bangun dari rukuk), SUJUD dan DUDUK ANTARA DUA SUJUD berdasarkan pada Hadis Nabi S.A.W;

"... kemudian buat rukuk sehingga tenang (di dalamnya)(toma’ninah). Kemudian angkatlah kepalamu dan berdiri lurus, lalu sujudlah hingga kau merasa tenang selama sujudmu, kemudian duduklah dengan tenang dan kerjakanlah hal yang sama dalam setiap solatmu.” (H.R Bukhari & Muslim)"

Mengerjakan solat yang tidak sah bukan sahaja tidak mendapat pahala bahkan mendatangkan dosa. Oleh itu, sebagai muslim, kita dikehendaki untuk sentiasa menjaga solat kita supaya diterima oleh Allah S.W.T.


Wallahu'alam.

P/S : Having a very-very-very-very hard day. Feels like i want to smash someone in the wall.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sum o' spies