Pages

.

Sunday, 24 November 2013

Bila jin betulkan bacaan tajwid.



Teringat satu  kisah seorang guru yang menceritakan pengalaman beliau menghalau jin islam ~itupun, sebab aku ni suka sangat soal benda bukan-bukan~. Masa tu beliau menghantar aku balik ke rumah. So sepanjang perjalanan tu, beliau membuka  cerita. Aku dengan penuh khusyuk mendengar cerita beliau.

Beliau bagitau, ada sepasang suami isteri menyewa satu rumah berdekatan dengan tempat tinggal aku juga. Tapi lorong mana ntah aku tidak ingat. Pasangan suami isteri ni selalu diganggu oleh jin-jin tersebut, bukan dorang saja, penyewa-penyewa sebelumnya pun mengalami nasib yang sama. So, pasangan suami isteri ni, mintalah bantuan  guru tadi untuk menghalau sang jin yang tengah menapak di rumah tinggalan tu.

Guru ini pun bersetuju untuk membantu mereka menghalau jin-jin yang tinggal di rumah itu. 

Beliau tidak menceritakan dengan jelas cara beliau menghalau jin tersebut. Tetapi beliau cuma nak highlightkan cerita bahawa jin islam ini juga pandai mengaji. Mungkin lagi pandai dari manusia.

Kalau tidak silap, ketika beliau membaca salah satu antara Surah Al-Muawwizat (a.k.a 3 Qul, kalau tak familiar), bacaan beliau (tajwid) diperbetulkan oleh jin tersebut. Lupa mention, beliau ni orang yang berilmu, jadi tidak hairan beliau dapat berkomunikasi dengan jin. 

Apalagi,  guru itu pun memanaslah bila bacaan beliau diperbetulkan dan ditertawakan oleh jin tersebut. Tapi cerita terhenti situ saja, sebab masa tu, dah sampai rumah aku.

Beliau ada beritahu juga, kalau jin kafir, senang sikit nego, boleh pujuk lagi, tapi kalau dengan jin islam, susah sikit sebab jin islam ini agak angkuh. Dah tu macam-macam pula muslihat dorang. Para jin ni memang suka berdolak-dalih. Degil lagi... guna kekerasan baru mendengar kata. 

Memang sangat menarik. Aku sangat suka mendengar kisah beliau berlawan dengan jin. Sebab aku ni suka tanya benda-benda pelik ni kat beliau. Beliau pun dengan sabar menjawab soalan-soalan aku ni. 

Oh lupa! in the end, beliau dapat memujuk para jin itu keluar dari rumah tu walaupun beliau mengaku agak cerewet dan payah.

Kemudian pasangan suami isteri itu hidup bahagia di rumah tersebut. ~Last perenggan tu minta baling lesung batu.~


P/S : Kalau aku, mungkin sawan berbuih kalau dengar suara jin tu....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sum o' spies