Sekarang ni isu Pesawat MH370 memang popular kan? Masing-masing sedekahkan Al-Fatihah kepada para penumpang pesawat MH370. Masa syok-syok skroll tu, tetiba jumpa satu komen, macam ni;
TIDAK Baik ucap Al-fatihah untuk keluarga Penumpang dan anak kapal Muslim MH370 kalau Mayat tidak dijumpai seumpama kamu meminta kematian mereka
-Ustaz Azhar Idrus-
OK... dari Ustaz Azhar Idrus. Tahu saja ustaz yang cakapkan? So what do you think? Terkejut juga baca statement itu. Tapi, betulkah statement dari beliau? *update: UAI takda akaun twitter, so...*
Then I think, sia-sialah sedekahkan Al-fatihah untuk diaorang eh? Macam mana dengan sedekah yang aku niatkan untuk kedua orang tuaku dan ahli keluargaku tiap2 kali bangun tidur, walhal diaorang masih hidup? Nda baik juga?
First beliau *bukan UAI tulis TIDAK BAIK bukan TIDAK BOLEH. Mungkin untuk jaga hati keluarga mangsa. Wallahu'alam.
Lagi satu, "Ucap (say)" dan "baca (read)" merupakan dua perkara berbeza. "Ucap Al-fatihah" bermaksud cuma sebut "Al-fatihah" dan "Baca Al-fatihah" bermaksud membaca dari surah 1 hingga tamat. Bukan begitu ek? Again, this is just my opinion... okay!
BUKAN UCAP SETAKAT UCAP AL-FATIHAH, TAPI BACA Al-FATIHAH DARI AYAT 1 HINGGA HABIS DENGAN IKHLAS.
Entahlah, tapi bila kamu taip komen "Al-Fatihah" tu, kamu baca habis atau cuma sebut Al-Fatihah? Tanya diri masing-masing.
And then, dalam satu video ustaz pula, beliau ada cakap boleh sedekahkan Al-fatihah kepada orang muslim yang masih hidup ataupun yang telah mati. Dan haram untuk كَافِرٌ yang sudah mati. Mana satu nih?
>> Link Facebook <<
Then I ask myself again, apa salahnya membaca Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada penumpang MH370?
Ataupun sebab sebahagian penumpang MH370 adalah كَافِرٌ jadi... tulah. Kalau macam tu, niat untuk
صدقهکن الفاتحة اونتوق ڤنومڤڠ يڠ براݢام إسلام
mungkin boleh kan?
XXXXXXXXX
Sudah-sudah aku mengarut pasal ni, sebenarnya, entri aku kali ni mau cakap juga pasal hukum baca Al-Fatihah untuk orang yang mati dan orang yang hidup. Tu yang pasal pesawat tu saja-saja mau iklan-iklan. Enough ranting! Back to the topic, kita selalu sedekahkan Al-Fatihah untuk orang yang sudah mati... biasalah kan? Asal ada orang mati, mesti ada yang cakap;
"Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada si Fulan Bin/Binti si Fulan; semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman"
Ya, statement yang biasa-biasa kita dengar. Nabi tidak pernah menganjurkan sahabatnya yang masih hidup untuk menyedekahkan Al-Fatihah untuk orang yang sudah mati. Yang Nabi anjurkan ialah DOA untuk si mati.
Ada beberapa hadis/dalil yang dapat menyokong statement di atas;
عن أم سلمة قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم " إذا حضرتم الميت فقولوا خيرا فإن الملائكة يؤمنون على ما تقولون " فلما مات أبو سلمة قلت يارسول الله ما أقول ؟ قال " قولي اللهم اغفر له وأعقبنا عقبى صالحة " قالت فأعقبني الله تعالى به محمدا صلى الله عليه وسلم .
Maksudnya : Daripada Ummu Salamah katanya : Bersabda Rasulullah SAW “ Apabila kamu menziarahi mayat maka katakanlah yang baik-baik. Sesungguhnya para Malaikat percaya (mencatat) apa yang kamu katakan”. Maka ketikamana Abu Salamah meninggal dunia, aku (Ummu Salamah) bertanya wahai Rasulullah apa yang patut aku katakan? Jawab (baginda) “ Katakan : اللهم اغفر له وأعقبنا عقبى صالحة
[Hadis Sahih susunan Abi Daud (3115), Ibnu Majah (1447)]
Hadis dinukilkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab sahih beliau (3005)
Hadis dinukilkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab sahih beliau (3005)
عن أبي هريرة رضي الله عنه : أن النبي صلى الله عليه وسلم قال إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاث صدقة جارية وعلم ينتفع به وولد صالح يدعو له
Maksudnya : Daripada Abi Hurairah ra : Sesungguhnya Nabi SAW bersabda “Apabila mati seseorang insan, maka terputuslah segala amalanya melainkan tiga (amalan). Sedekah jariah (yang ditinggalkan), ilmu yang bermanfaat (yang diajarkan), dan anak yang soleh yang mendoakannya.
[Hadis susunan Tirmizi (1376), Nasa'i (3651)]
عن سليمان بن بريدة عن أبيه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعلمهم إذا خرجوا إلى المقابر فكان قائلهم يقول ( في رواية أبي بكر ) السلام على أهل الديار ( وفي رواية زهير ) السلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين وإنا إن شاء الله للاحقون أسأل الله لنا ولكم العافية
Maksudnya : Daripada Sulaiman bin Buraidah, daripada ayahnya berkata : Adapun Rasulullah SAW mengajarkan mereka apabila kamu keluar ke perkuburan maka hendaklah seseorang dari mereka katakan : (dalam riwayat Abi Bakar) Sejahtera keatasmu ahli kubur, (dalam riwayat Zuhair) Assalamualaikum ahli kubur dari kalangan Mukminin dan Muslimin dan aku Insya-Allah akan menyusul. Aku pohon kepada Allah kebaikan ke atas kami (yang masih hidup) dan keatas kamu (yang telah mati).
[Hadis sahih Muslim (104), sama maksud dalam Nasa'i (2040), Ibnu Majah (1574), Musnad Ahmad bin Hanbal (23035)]
Tidak ditunjukkan "sedekahkan Al-fatihah" melainkan "Mendoakan kesejahteraan mereka". Ini adalah sebaik-baik amalan yang dianjurkan oleh Nabi SAW.
Tapi, still tidak salah untuk membacakan Al-Fatihah.
Wallahu'alam.
XXXXXXXXX
Okay! berbalik kepada isu MH370, apa-apapun, kita doakan sahaja yang terbaik untuk mereka. Aku bukanlah orang yang tinggi ilmu agama. Cukup2 makan saja. Tapi, kita tahu, Al-Fatihah ni banyak manfaat kan? Mana tau kita sedekah bacaan Al-Fatihah dapat memudahkan urusan pencarian pesawat MH370. Who knows?
XXXXXXXXX
Okay! berbalik kepada isu MH370, apa-apapun, kita doakan sahaja yang terbaik untuk mereka. Aku bukanlah orang yang tinggi ilmu agama. Cukup2 makan saja. Tapi, kita tahu, Al-Fatihah ni banyak manfaat kan? Mana tau kita sedekah bacaan Al-Fatihah dapat memudahkan urusan pencarian pesawat MH370. Who knows?
Setuju... cuba bersangka baik Cuma pandangan saya biasanya bila kita sedekah alfatihah untuk seseorang yg dah meninggal... kita akan sebut atau niatkan utk roh si fulan si fulan, dan kalau untuk yang masih hidup kita tak niatkan utk roh macam tu kan!! Jadi dalam kes mh370 selagi belum ada kepastian... mcmana niat kita???? Adakah pada roh yang terlibat atau baca gitu gitu aje? Muzakarah juga telah putuskan solat ghaib jenazah juga belum boleh dilakukan... Allahu'alam
ReplyDeleteSaya cuba jawab sebaik mungkin. Kalau kes MH370, PM cuma cakap, MH370 berakhir di lautan Hindi tapi takde cakap crash so kita pun taktau status penumpanh MH370. Memandangkan pencarian masih dilakukan, apa yg boleh buat setakat ni cuma "sedekahkan Al-fatihah untuk memudahkan urusan pencarian". Wallahualam.
Deleteالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ - Setahu sy dlm Islam orang hilang yg tidak diketahui situasinya diistilahkan sebagai Al-Mafqud.Al-mafqud ini diiktiraf sebagai masih hidup dan segala urusan seperti solat jenazah ghaib, pembahagian harta, status perkahwinan hendaklah ditangguhkan sehingga dibuktikan sebaliknya..
DeleteSetuju dengan Admin sepatutnya di Doakan keselamatan ataupun dipermudahkan usaha pencarian mereka, SY juga mengharapkan ucapan takziah ditv dihentikan sebaiknya bacaan Al-fatihah disertakan dgn doa untuk keselamatan/dipermudahkan usaha mencari agar tidak di salah anggap akan status mangsa2 juga untuk menjaga hati waris2 yg sememangnya masih mengharap kepulangan dan keselamatan yg tersayang..والله أعلم
Waalaikumsalam. Terima kasih atas perkongsian itu. Betul, kalau saya tak silap, kalau nak iktiraf status tu, kena bagi tempoh 4 tahun. Saya tak ingat mana saya baca.
Deleteaku hairan.. benda hadis dah terang2 menunjukkan tak ada sedekahkan alfatihah untuk si mati.. amalannye dah terputus melainkan 3 perkara tu je.. ikutlah apa yg nabi beritahu sahaja.. itu yg terbaik.. kerana nabi bersabda org yg masuk syurga adalah org yg ikut perintah allah dan sunnahku sahaja..
ReplyDeleteSetuju... tapi, ni lah yang kebanyakkan orang buat.
Deletedatanglah Alquran @ hadis sahih sekalipun, ramai yang x akan ikut, katanya ikut sunnah, tapi ikutan berserta tambahan, "apa salahnya perkara baik" laugan zaman berzaman..
Deletexsemestinya bace alfatihah nie utk y mati jer..sbnanya byk ag kelebihan surah Al-fatihah nie..klu boleh setiap perkara kte bace,,ag byk pahala n fadhillatnya..Waallahua'lam..
ReplyDeleteBetul... cuma kta dah terbiasa dgn amalan mcm ni...
DeleteSurah Al Fatihah itu adalah doa'. Simak
ReplyDeletekau pandai....dari nabi
ReplyDeleteJgn gaduh2..masalah kecil jer...sebaik-baiknya ikut Nabi SAW, sebaik-sebaik ikutan. Siapa ikut sunnahku maka akan bersamaku di syurga... Apa yg Nabi SAW buat kita ikut. Yang tidak dibuat, jgn ikut, mudah saja...Jgn buat benda yg tidak dibuat Nabi, takut jd bidaah...Baca hadis ttg apa yg Nabi SAW berkata ttg bidaah...wassalam...
ReplyDelete