Pages

Wednesday, 23 October 2013

Persediaan menghadapi sakaratulmaut



Menurut seorang Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang menghadapi sakaratul maut. Kebiasaannya, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing-masing membaca Surah Yasin dengan bacaan serta ragam yang bermacam-macam (ada yang bertartil, ada yang membaca dengan laju)

Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak berasa lebih kelam kabut (sebelum datangnya kematian, kita "disibukkan" dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah;

  1. Melantik seseorang yang bacaan Al-qurannya baik (dari segi tajwid) untuk mengetuai bacaan Surah Yasin manakala, yang lain boleh semak bacaan bersama-sama.
  2. Sebaik-baiknya orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.
  3. Merenung wajah orang yang tengah nazak sebelum Surah Yasin dibaca bagi menimulkan rasa ihsan dan In Sha Allah surah yang dibaca dapat membantu saat nyawanya dicabut.
  4. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin kemudian berhenti dan membantu orang yang nazak itu untuk melafazkan "Laa Ila Ha Illallah".
  5. Menyambung semula bacaan 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi dan membantu beliau mengucap "Laa Ila Haa Illallah".
  6. Diteruskan sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah-NYA dlm membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata-mata melalui ikutan adat.

~Amin~
  
Sumber ; e-mail (2005)

Berkongsi ilmu yang bermanfaat bukanlah sesuatu yang merugikan.

Warning Shots:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Hoist to 'em

Blogged.my Blog Directory & Search engine

how many be 'ere?

sum o' spies

Networkblogs Buckos