Ehem! Ehem!
Sekali lagi ingin mencuri perhatian readers sekalian.
Pendaftaran dan kemas kini BR1M 2015 sudah dibuka bermula pada
1 Disember 2014 sehingga 31 Januari 2015.
1 Disember 2014 sehingga 31 Januari 2015.
Bagi pemohon baru, boleh layari laman ini : Permohonan baru untuk membuat pendaftaran secara online.
Bagi pemohon yang telah berdaftar, adalah disarankan untuk mengemas kini maklumat peribadi masing-masing.
Pemohon boleh mengemaskini maklumat tersebut secara online di laman sesawang Kemas kini permohonan atau dengan memuat turun Borang Kemaskini BR1M*.
*Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke mana-mana Cawangan/ Pusat Khidmat Hasil/ UTC LHDNM.
Nota:
Mengikut maklumat yang didapati, pembayaran akan dibayar sebanyak tiga (3) kali setahun.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (LHDNM) atau talian 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan Malaysia).
*Updated : 29 Disember 2014*
P/S: Aku dah update ^^
No comments:
Post a Comment