Pages

.

Saturday 11 January 2014

Kebetulan atau Nasib...#1


Amazingnya dunia...

1) Ada apa dengan nama?
Ralat komputer menyebabkan nombor sekuriti sosial yang sama diberikan kepada dua wanita yang bernama Particia. Apabila mereka berdua dibawa ke pejabat untuk memperbetulkan kesilapan tersebut mereka mendapati;-

  • Mereka diberi nama Patricia Ann Campbell.
  • Ayah mereka masing-masing bernama Robert Campbell.
  • Mereka dilahirkan pada 13th Mac 1941.
  • Mereka masing-masing mengahwini militari pada tahun 1959.
  • Mereka masing-masing mempunyai dua orang anak yang berumur 19 dan 21 tahun.
  • Mereka mempunyai minat dalam lukisan minyak.
  • Mereka mengikuti kursus kosmetik.
  • Kedua-duanya bekerja sebagai book-keepers

2) Jodoh terakhir dengan peluru
Pada tahun 1893, Henry Ziegland memutuskan perhubungan cintanya dengan teman wanitanya. Teman wanitanya yang tidak dapat menerima kenyataan bertindak membunuh diri. Adik lelakinya menyalahkan Henry atas kematian kakaknya. Dia pergi ke rumah Henry. Apabila dia ternampak Henry di taman rumahnya, dia cuba menembak Henry. Namun, tembakan itu cuma mencederakan muka Henry dan peluru tersebut terbenam dalam batang pokok yang berdekatan. 

Pada tahun 1913, 20 tahun berlalu setelah kejadian cubaan membunuh tersebut, Henry membuat keputusan menggunakan dinamit untuk mencabut pokok di halaman rumahnya. Letupan tersebut menyebabkan peluru sama yang terbenam dalam salah satu batang pokok dahulu terpelanting keluar dan mengenai kepala Henry menyebabkan kematiannya serta-merta.

3) Namanya membawa tuah
Pada 5 Disember 1660, sebuah kapal tenggelam di Straits of Dover, hanya seorang yang terselamat yang dikenali sebagai Hugh Williams.
Pada 5 Disember 1767, sebuah lagi kapal tenggelam di termpat yang sama mengorbankan seramai 127 orang. Hanya seorang yang terselamat, juga bernama Hugh Williams.
Pada 08 Ogos 1829, sebuah bot berkelah dipukul ombak di Thames, hanya seorang yang terselamat bernama Hugh Williams.
Pada 10th Julai 1940, Kapal Memukat British dimusnahkan oleh periuk api Jerman, hanya dua orang yang terselamat iaitu seorang lelaki dan anak saudaranya. Mereka masing-masing bernama Hugh Williams.

4) McDonald
Mr.McDonald merupakan seorang petani yang tinggal di Kanada. Tiada apa-apa yang luar biasa, cuma nombor postcode beliau mengandungi turutan EIEIO.

5) Till death do us apart...
Pada tahun 1996, Polis Paris membuat siasatan ke atas kemalangan kereta yang berlaku menyebabkan kematian kedua-dua pemandu serta-merta. Hasil siasatan mendapati, kedua-dua pemandu yang terbunuh adalah merupakan sepasang suami isteri.

Pihak polis mengesyaki kemalangan ada kaitan dengan kes pembunuhan atau merupakan cubaan bunuh diri yang dirancang. Tapi jelas mendapati, pasangan tersebut telah berpisah selepas beberapa bulan. Dan mereka tidak pun mengetahui bahawa mereka akan keluar memandu pada malam itu. Kejadian tragis yang berlaku secara tidak sengaja.

Sumber :  9gag

To be continued...

P/S : What a fate...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sum o' spies