Apabila terdengar azan (adzan) berkumandang di TV, adakah anda akan meneruskan siaran azan atau terus pindah ke channel lain?
Bagi yang meneruskan mendengar azan, adakah anda akan menjawab azan tersebut?
~HUKUM MENJAWAB AZAN~
Untuk pengetahuan, azan-azan yang berkumandang di radio atau TV yang disiarkan secara langsung (contohnya pada hari jumaat, azan biasanya disiarkan secara langsung dari masjid-masjid tempatan) adalah disunatkan untuk menjawab kerana azan tersebut dianggap sebagai Azan Hakiki.
Tetapi, azan-azan yang disiarkan melalui rakaman, seperti azan di TV/radio pada waktu-waktu zuhur, asar, maghrib dan isyak, kita tidak disyariatkan untuk menjawabnya kerana dianggap tidak ada muazzin.
Penjelasan tersebut dapat dipetik dari hadis Abu Said Khudri. Nabi SAW bersabda;
إِذَا سَمِعْتُمْ النِّدَاءَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ الْمُؤَذِّنُ
“Apabila kamu mendengar azan, maka jawablah seperti apa yang diucapkan muazzin.”
(HR. Al-Bukhari no. 9 & Muslim no. 383)
Hadis menyebut, kita disunatkan untuk menjawab azan yang diucapkan dari Muazzin.
Adapun hadis ini;
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
merupakan hadis yang dhaif (lemah).
Tiada larangan yang melarang kita untuk tidak bercakap-cakap ketika azan berkumandang.
Tiada dalil yang menyebut menyuruh kita untuk berdiam diri ketika azan berkumandang.
* Menjawab atau tidak, yang paling penting, kita hendaklah menghormati azan.
~HUKUM MEMINDAH CHANNEL KETIKA AZAN DISIARKAN~
Adapun hukum memindah channel itu, tidaklah berdosa tetapi MAKRUH jika niat menukar adalah bersahaja.
Tetapi perbuatan tersebut juga boleh jatuh hukum HARAM, kalau niat memindah channel sebab tidak suka atau benci mendengar azan malah boleh membawa kepada KEKUFURAN.
Untuk penjelasan lanjut, dengar penjelasan UAI;-
perkongsian yg baik..
ReplyDelete