Pages

.

Monday 23 December 2013

Hukum mengucapkan "Merry Christmas/ Selamat Hari Natal" bagi orang muslim




Memandangkan Hari Krismas menjelang tiba, adalah lebih baik didahulukan entri auto-publish ni sebelum 25 haribulan ni. 

Bukan apa, supaya sempat lagi untuk mengingatkan para muslimin dan muslimat di luar sana tentang hukum mengucapkan "Merry Christmas/ Selamat Hari Natal" kepada kawan-kawan kita yang merayakan perayaan ini.

Buat apa memperbesar-besarkan hal ini?

Nope! Bukan memperbesar-besarkan, tapi hal ini berkait rapat dengan isu akidah yang patut kita sebagai muslim ketahui.

Ada dua pendapat mengenai hal ini.

PENDAPAT YANG MENGHARAMKAN

Tersentap jantung seketika sebab, dulu aku pun akan wish kawan2 yang non-muslim. Tapi sejak tahu tentang perkara ini... aku berhenti. Walaupun ada juga kawan2 non-muslim aku yang akan menghantar ucapan MERRY CHRISTMAS dekat aku ~aku nda sambut pun~. Aku cuma balas dekat dorang terima kasih dan tahniah saja.

Masa tu, aku dapat jawapan dari Ustaz Azhar Idrus. Memandangkan aku malas mau ushar2 balik page UAI, aku cuma copy paste sebahagian dari sumber saja.

--------------------------------------------
Soalan 4 : (1) Apa hukum seseorang mengucapkan selamat hari krismas pada rakan-rakan yang menyambutnya?
(2) Sekiranya, rakan-rakan (daripada Sabah Sarawak) membuat majlis sambutan krismas bersama sedikiit jamuan makan, boleh ke kita turut serta dalam jamuan tersebut?

(Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) 
1. Ucap tahniah sahaja. Jangan ucap merry atau selamat.
2. Boleh jika rakan kerja atau jiran sebelah. Jangan ucap atau buat apa-apa yang berkait dengan agama mereka, sekadar hadir menjamah jamuan yang halal sahaja.

Soalan 5 : Mengucapkan merry christmas kepada non muslim, jatuh haram ke?. Orang non muslim ni dah tau dah kita tak boleh ucapkan merry xmas, so diaorg pun tak ucaplah selamat hari raya, jadi mana keharmonian kat situ?. Nabi sendiri pun bila didatangi tetamu/raja non muslim, baginda layan sebaiknya.

(Jawab) Ustaz Azhar Idrus (Original) 
boleh ucap dengan lafaz tahniah sahaja jangan ucapkan dengan lafaz salam. Kalau kafir tak mahu ucap selamat hari raya tak jadi masalah dan bukan tanda tak harmoni kalau kafir tak ucap selamat hari raya. Zaman Rasulullah s.a.w masih hidup pun puak-puak kafir tak ucap selamat hari raya pun. Harmoni bukan dengan saling ucap selamat hari raya, harmoni ialah dengan ditegakkan hukum dan perintah agama di mana saja kita berada.
--------------------------------------------

Selain itu, terdapat beberapa fatwa yang mengharamkan seseorang muslim untuk mengucapkan Merry Christmas.

Salah satunya ialah Fatwa Ulama Besar Saudi Arabia, Syaikh Muhammad Bin Sholeh Al-Utsaimin rahimahullah dari Kumpulan Risalah dan Fatwa beliau Majmu' Fatawa Wa Rosail Ibnu 'Utsaimin, 3/29-29, no, 404.

Beliau pernah ditanya;

Apa hukum mengucapkan selamat natal pada orang kafir (Nashrani) dan bagaimana membalas ucapan mereka? 
Bolehkah kami menghadiri Majlis perayaan mereka (perayaan Natal)? 
Apakah berdosa jika dia melakukan hal-hal yang dimaksudkan tadi, tanpa maksud apa-apa tetapi melakukannya kerana ingin menghormati dan bersikap ramah atau alasan2 yang lain?
Bolehkah kita tasyabbuh (menyerupai) mereka dalam perayaan ini?”

Beliau rahimahullah menjawab:

Memberi ucapan Selamat Natal atau mengucapkan selamat dalam hari raya mereka (dalam agama) yang lainnya pada orang kafir adalah sesuatu yang diharamkan berdasarkan kesepakatan para ulama.


Hal ini dikemukakan oleh Ibnul Qoyyim Rahimahullah dalam kitab Ahkamu ahlidz Dzimmah. Beliau rahimullah mengatakan;


Adapun mengucapkan selamat berkenaan dengan syiar-syiar kekufuran yang khusus bagi orang kafir adalah haram menurut kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat terhadap hari-hari perayaan mereka, walau sekadar mengucapkan, “semoga hari raya anda diberkati” atau anda diberikan ucapan selamat berkenaan dengan perayaan hari besarnya itu dan yang sewaktu dengannya.



Walaupun orang yang melakukan perbuatan ini dapat lari dari kekufuran, namun ia tidak mengelakkannya dari melakukan perkara-perkara yang diharamkan. Ucapan seperti ini adalah lebih kurang serupa dengan perbuatan sujud terhadap Salib dan dosa ini adalah amat besar di sisi Allah.



Dan perbuatan ini lebih dimurkai bila ia mengucapkan selamat atas perbuatan-perbuatan maksiat seperti meminum arak, membunuh atau berzina. Seseorang yang kurang memahami tentang agama ini tergelincir ke dalam situasi ini kerana tidak menyedari betapa buruknya perbuatan mereka.

Maka, barangsiapa yang mengucapkan selamat kepada seseorang hamba yang melakukan maksiat, bid'ah atau kekufuran, bererti dai juga menghadapi kemurkaan Allah.

Apa yang dimaksudkan adalah, dengan memberi ucapan selamat ke atas perayaan orang kafir, ia adalah sama seperti kita meredhai syiar kekufuran yang mereka lakukan tanpa kita sedari meskipun kita tidak meredhai akan kekufuran itu.

Allah SWT berfirman;



إِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنْكُمْ وَلَا يَرْضَى لِعِبَادِهِ الْكُفْرَ وَإِنْ تَشْكُرُوا يَرْضَهُ لَكُمْ

“Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meridhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu.” 
(Az Zumar [39]: 7)


Allah Ta’ala juga berfirman,


الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni’mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.”
(Al Maidah [5]: 3)



PENDAPAT YANG MENGHARUSKAN

Walaupun ada pendapat yang mengharamkan, ada juga pendapat yang mengharuskan ucapan atas sebab-sebab tertentu.

Ulama terkenal Islam, Prof Dr. Yusuf Al-Qardhawi merangkap Mufti Kerajaan Qatar berpendapat hukumnya adalah HARUS jika mereka yang memulakan ucapan tersebut.

Menurut pendapat beliau, Islam tidak melarang perbuatan baik terhadap ahli kitab yang tidak bermusuh dengan kita sebaliknya, kita harus berbuat baik kepada mereka sebagaimana mereka berbuat baik kepada kita.

Hujah ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah Al-Mumthanah (ayat 8)


60:8



"Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampong halaman kamu ; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil".

Pendapat ini disokong oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah mengikut fatwa yang dikeluarkan seperti berikut;



Sesungguhnya mengucapkan selamat kepada orang bukan Islam pada hari perayaan mereka merupakan lebih daripada kewajipan jika mereka mengucapkan selamat pada hari perayaan Islam. 


Hujahnya ialah kerana kita diperintahkan membalas perlakuan baik dengan perlakuan yang serupa dan membalas ucapan selamat dengan ucapan yang sama baiknya. Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa ayat 86


4:86


Apabila kamu dihormati dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah menghitungkan segala sesuatu. 


Tidak ada satu pun yang menghalang orang islam untuk mengucapkan "selamat" kepada orang bukan islam sama ada secara lisan ataupun tulisan asalkan tidak mempunyai lambang atau perkara-perkara yang bertentangan dengan prinsip akidah islam.



Info tambahan : 



Masing-masing ada pendapat sendiri. Terpulang kepada individu sama ada memilih untuk mengharamkan atau mengharuskan. Yang penting, ilmu telah dikongsi.

Aku? Memandangkan perkara ini adalah meragukan, aku memilih hukum yang lebih ketat : HARAM



7 comments:

  1. terima kasih dengan perkongsian info diatas.. :)

    ReplyDelete
  2. thanks.. perkongsian yg menarik.

    ReplyDelete
  3. Okay. Perkongsian yang menarik! Terllau banyak artikel.. whatsapp.. mesej yang menyebarkan tentang perkara ni. Sampai ada yang boleh terkeliru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk mengelakkan kekeliruan, baik pilih cara yang selamat. lagi afdhal.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sum o' spies