Pages

.

Wednesday 13 November 2013

Sleep Paralysis atau gangguan jin?




First time dapat pengalaman kena tindih ni semasa berumur kurang lebih 13-14 tahun. Pengalaman pertama ini cukup membuatkan aku takut dan cemas. Masa tu, aku terbangun dari tidur, keadaan gelap, cuma lampu dari luar jalan yang menerangi bilik. Tiba-tiba telinga aku terdengar bunyi angin kuat, lepas tu aku ternampak ada bayang-bayang hitam besar tengah lalu depan aku, last sekali, ada benda jatuh (macam kain) ke atas muka aku, so keadaan tiba-tiba jadi gelap. Aku tidak nampak apa-apa pun. Tiba-tiba, badan aku tidak dapat bergerak, aku cuba jerit panggil mak aku, tapi suara tersekat dekat tekak. Tidak keluar langsung. Aku struggle mau gerakkan walaupun satu jari tapi tak dapat. Betul-betul payah. Dalam keadaan cemas, aku pun membaca beberapa surah kebiasaan iaitu Al-fatihah, 3 Qul dan ayat kursi. Aku perasan yang bacaan aku tunggang-langgang dan bercampur-baur sebab aku terlalu cemas dan takut. Surah Al-fatihah yang aku baca tu, aku pun tidak tahu, macam mana tiba-tiba boleh bertukar ke ayat kursi. Magik!

Dengan perasaan berdosa, aku tenangkan diri dan cuba untuk membaca ayat-ayat tersebut sekali lagi. Aku cuba baca kuat-kuat sampailah aku dapat mendengar suara aku sendiri membaca ayat-ayat tersebut, badan aku perlahan-lahan jadi ringan dan dapat bergerak. Perlahan-lahan keadaan gelap-gelita tu jadi terang sikit. Aku boleh nampak adik-adik aku yang tidur di sebelah walaupun dalam keadaan yang gelap. Jantung aku punya berdegup dengan laju. Aku duduk sekejap menenangkan diri, lepas tu tidur balik. Letih bah struggle seorang-seorang.

Biasa dengar kejadian macam ni kan? Pernah jadi dengan korang? Kalau bukan dengan diri sendiri, mungkin saudara terdekat atau kawan-kawan. Fenomena di atas, kebiasaanya kita panggil "ditindih jin". Tetapi, mungkin juga sebenarnya apa yang aku alami tu adalah SLEEP PARALYSIS atau KELUMPUHAN TIDUR.

Ia merujuk kepada keadaan lumpuh ketika tidur atau bangun tidur. Ia terjadi ketika seseorang itu berada dalam keadaan separuh sedar. Kelumpuhan ini hanya sementara menyebabkan seseorang itu tidak dapat bergerak diikuti dengan halusinasi dari segi visual atau auditory (bunyi) atau tactile (sentuhan) atau ketiga-tiganya sekali.



~~Sebab berlakunya Sleep Paralysis.~~

Apabila kita tidur, otak akan menutup segala fungsi motor. Sebab itu ketika tidur nyenyak, kita jarang bergerak.

Setelah kita masuk dalam stage tidur nyenyak (Rapid Eye Movement, REM), Reticular Activating System (RAS) otak secara automatik akan switch off kan badan dan perlahan-lahan otak sendiri akan auto switch off. Yang tinggal cuma automatic function seperti degupan jantung dan pernafasan.

Apabila kita bangun, RAS pun switch on balik. Sometimes, semasa kita sedar atau separuh sedar itu, terdapat disconnection antara badan dan otak di mana otak lambat menghantar signal untuk menggerakkan badan, maka pada ketika itulah, badan kita lumpuh sepenuhnya atau lumpuh separuh, bergantung kepada individu. Badan tidak mampu untuk melakukan sebarang pergerakan.

Kelumpuhan ini hanya berlaku sementara dan keadaan inilah yang dipanggil Sleep Paralysis. 

Mungkin, keadaan yang aku alami waktu itu sememangnya adalah sleep paralysis berdasarkan halusinasi visual, audi dan tactile tu. Aku sangat... er... yakin... er... mungkin ndak.

Tapi, macam mana mau explain pengalaman aku yang lain ni pula?


Pagi tu aku baru bangun dari tidur, so aku turun ke tingkat bawah rumah aku dan baring atas cushion bawah tangga. Konon-konon mau rehat kejap. Kemudian, aku letakkan lengan menutup mata aku. Tengah berfikir ntah apa. Waktu itulah juga aku terdengar bunyi angin, belum sempat aku angkat lengan, tiba-tiba aku sesak nafas. Rasa macam kena cekik. Aku pasti aku memang sedar tapi aku langsung tidak dapat bergerak, bernafas pun susah. Geram, aku cuba angkat lengan aku sebab aku mau tengok makhluk jahanam tu ~rasa takut sudah tiada sebab sudah biasa~. Tapi lengan aku langsung tidak terangkat. Malas mau struggle lebih-lebih, aku baca ayat kursi. Selepas beberapa ketika, baru rasa dapat bernafas dengan lega, tindihan itu perlahan-lahan hilang dan aku pun dapat mengangkat lengan aku. Aku duduk tercungap-cungap, bila tengok sekeliling tiada apa-apa.

Kejadian lain pula, masa aku di UMS (ada program, ah.. aku bukan pelajar UMS). Waktu tu aku seorang tidur dalam bilik asrama tu, kawan aku balik rumah. Aku tidur atas lantai beralaskan tilam ~katil dia tidak selesa, gerak sikit, bunyi lebih~, keadaan gelap, cuma lampu dari luar tingkap yang menerangi bilik tu. Aku memang tidak dapat tidur, waktu tu, aku ubah posisi baring menghadap katil kosong yang tiada tilam tu, waktu itulah aku nampak "orang" memakai baju kuning, berseluar jeans duduk atas katil. Malas mau peduli, aku biarkan ja ~mungkin situ port dia lepak~. Kemudian orang tu bangun dari katil, kurus dan tinggi, aku nampak dia langkah aku ~patutlah aku ni pendek~  Lepas dia langkah tu, terus aku tidak dapat gerak. Agak lama juga aku "lumpuh" di situ. Mind you, aku memang fully awake tau, all my senses also work. I just can't move that's all sebab dia "peluk". Of course la kena bertenang, jangan gabrah. Baca ayat kursi dengan khusyuk, ulang ayat "Walaa ya uuduhu hifdzuhumaa wahuwal 'aliyul'adziim" tiga kali. Dan tengok dengan gembira dia terbakar. Hahahaha...

Sleep paralysis ka tu? Ataupun, boleh dipanggil awake paralysis? lol. Ok, yang tu memang aku kena tindih. 

Secara logiknya, teori sleep paralysis tu mungkin boleh diterima pakai. Tetapi, janganlah disebabkan teori ini saja, kita menolak kewujudan makhluk halus ini. Bukankah, syaitan telah berjanji akan menyesatkan manusia? Wallahu'alam. 

Kadang-kadang bila kita cerita benda macam ni, ada orang nda mau percaya. Konon-konon tunggu dia kena sendiri baru percaya. Nda pa la, kau tunggulah sama ada kau kena atau kau nda kan kena langsung. Just a reminder, don't pee your pants sudah.

Sebagai tambahan, ini pandangan aku sendiri. Sleep paralysis mungkin datang dari jin juga. Kita jangan lupa yang jin ni dapat masuk ke dalam tubuh badan manusia melalui rongga-rongga badan. Once dia masuk, mesti dia menapak dekat otak dan seterusnya mengawal fikiran kita. Jadi, halusinasi yang kita alami semasa sleep paralysis tu, mungkin adalah dari jin juga. Siapa tahu. Does it ring a bell?

Kalau sains, mungkin benda ni ditolak bulat-bulat.

So, kalau tidak mau diganggu ketika tidur, antara amalan-amalan yang boleh dilakukan sebelum tidur;
  • Berwuduk.
  • Baca Al-fatihah.
  • Baca 3 Qul.
  • Baca Ayat Kursi.
Kalau malas tu, paling-paling bacalah ayat kursi. Kalau malas betul sudah tu, baca Bismillah pun cukuplah. 

Banyakkan mendengar bacaan Ayat Ruqyah juga dapat mengelakkan kita daripada gangguan jin.

P/S: Sekarang ni, jarang dapat sleep paralysis. Last dapat bulan 3 tahun ni.

10 comments:

  1. tb pernah alaminya..mase kne hempap k bace ape pn xblh..pekik n jerit name allah pn xblh..xterkeluar suare tuh..

    ReplyDelete
  2. Before ni sy tak eprnah kena tindih or sleep paralysis ni tau. tapi lebih kurang beberapa bulan lepas, first time kena. Kat rumah sendiri. time tu cuti semester. Tido sorang. Masa tu hujan. Takut..seriously xleh gerak. Then start dari situ, lepas tua da kena lagi beberapa kali kat asrama.

    btw jom singgah blog sy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu emi selalu kena, nanti lama2 biasa tu. lagi baik klu anggap tu semua sleep paralysis. kurang rasa takut & cemas tu.

      by the way, thanks singgah. sy singgah blog emi nanti.

      Delete
  3. baru ja kena semalam , mula2 ingat sebab sleep paralysis tu kan tapi masalahnya time tu tak tidur lagi . aduii baca ayat kursi habis tunggang langgang . yang pelik siap nampak adik padahal adik tidur rumah kawan . wuuuu . sapa budak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun klu kena sleep paralysis ni, kadang2 boleh rasa seram juga... lebih2 lagi klu dah rnampak yg bukan2, sy tak boleh la nak teka sapa budak yg awak nampak tu, klu memang sure bukan adik awak, mungkin qarin adik awak... Wallahu'alam

      Delete
  4. boe pon selalu jugak terkena benda alah nie... huhuhuu
    seram sejuk ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu otak fikir itu buatan hantu, mmg rasa seram. Tp klu fikir cara sains, dah tak seram dah.

      Delete
    2. Sy slalu kna.. biasanyer time tgh gile2 letih then tido atau terlalu fkrkn takot tu yg jd cmtu.. prnh yg plng teruk kena trlena kejap then mata trbuka tp bdn xblh gerak..time tu timbul satu suara seolah-olah cm bace jampi... struggle tok bergerak tok lps kn diri dgn menjerit sekuat hati.. x lps2 jgk, bace ayat kursi slow2 alhamdulillah pergerakkan sy mnjd semakin longgar.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sum o' spies