Pages

Wednesday, 25 January 2012

Sapala makhluk Dua Ekor Tu...

Aku ingat lagi, masa tu tahun hujung tahun 2004, kami satu family baru pindah rumah. Beberapa minggu kemudian, maybe sebab environment baru, sistem body pun mo try adapt dgn sudden change, aku demam.
Rumah tu dua tingkat, so pagi2 tu, aku turun la, mo sambung tidur kat tingkat bawah. Tingkat atas tu, time awal2 pagi memang panas, sebab tu aku turun tingkat bawah. Oleh sebab aku demam + letih, aku terus mengampai atas cushion bawah tangga tu. Mak aku masa tu dekat dapur.


Sambil rehat2 tutup mata tu, tiba2 aku dengar ada suara orang gelak2 kecil. Aku mo buka mata, tapi, mcm x larat mo buka besar2, kepala aku pun dah tak larat pusing tengok arah tangga, jadi aku cuma kerling jak tangga tu, then aku ternampak ada dua makhluk kecil duduk2 dekat tangga tu, siap tunjuk2 dekat aku lagi, pastu gelak2 kecil -ceh, masih terngiang2 lagi di telingaku bunyi ketawa dorang tu-. Pastu, mak aku masuk ke dalam, dua makhluk tu, mungkin sebab terkejut, terus bersembunyi. Then aku bagitau la mak aku yg aku nampak ada benda dekat tangga. Pastu mak aku pegi intai, dia kata tiada apa2. Cerita tu cuma tersebar2 di dalam famili jak la. Aku pun, ndakla ungkit2 sangat, sebab it's not a big deal, i thought.




Then, another story began, hujung tahun 2007, aku dapat tawaran sambung belajar. Sampaila cuti semester 1, pertengahan tahun 2008, aku balik rumah, besalah, cuti sem kan. Kami sampai di rumah malam, pas mandi, kemas2 apa suma, aku tidur la. mungkin jam 12.00 lebih pagi dah tu. Aku sempat mimpi seram lagi, aku terkejut and terbangun. So aku pun tukar posisi tidur menghadap almari buku. Tetiba, di atas almari itu, aku ternampak dua makhluk yang pernah gelakkan aku masa aku demam dulu. Tapi kali ni, dorang sudah besar, macam budak umur 12 tahun. Itupun, dorang duduk atas almari baju tu. Oleh sebab, lampu samar2, aku cuma nampak silhouette dorang jak la. Mula2 aku buat tak peduli, tapi, tiba2 satu makhluk tu cakap dekat aku, "if i snap my finger, your blanket will fall" terus dia petik jari dia-mungkin makhluk tu ejek aku kut, sebab aku ambil language study dekat U-. Pastu, aku terbangun terus terduduk. Bila aku tengok rak buku tadi, makhluk dua ekor tadi sudah hilang, then bila aku cari-cari selimut, memang betul selimut aku jatuh bawah katil. Yang aku heran, aku tidur, x pakai selimut, aku letak selimut tu atas kepala aku, boleh plak jatuh bawah kaki, aih...! Memang jantung aku skipped a beat juga la, tapi oleh sebab terlampau letih. aku sambung tidur. Pedulikan mereka...



Bukanla seram pun, tapi aku masih tertanya2 tentang dua makhluk misteri itu. I guess, makhluk tu jin yg menjelma lah. Memang pun, aku taulah bukan manusia jak yang tinggal dalam alam ni, ada makhluk lain lagi. Cuma, makhluk tu, berani menunjukkan dirinya depan mataku.


Wallahualam
Warning Shots:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Hoist to 'em

Blogged.my Blog Directory & Search engine

how many be 'ere?

sum o' spies

Networkblogs Buckos