Pages

.

Thursday 16 June 2011

Kehebatan Surah Al-Ikhlas

    


Tafsirannya:  
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful. 
  
1. Katakanlah : "Dialah Allah, Yang Maha Esa" /  Say: He is Allah, the One and Only;
2. Allah adalah Tuhan, yang bergantung kepada Nya segala sesuatu / Allah, the Eternal, Absolute;  
3. Dia tiada beranak dan tiada diperanakkan / He begetteth not, nor is He begotten;                            
4. Dan tidak ada seorang pun / sesuatu pun yang setara dengan Dia. / And there is none like unto Him     
                                                                   
                                                                      
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan   
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita 
dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah Bismallah, kemudian bacalah
surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.             
                                                                      
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah     
salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah
salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana
salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu
kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang     
yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi       
mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir     
solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.                  
                                                                                   
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :                 
 
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya   
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan itu telah menjadi   
pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah,
Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan     
membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan   
seberapa ribu kesanggupan kita sehari.         
                            
 
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:                                         
1. Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia          
meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan      
selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya     
dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke       
syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).          

2. Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:         

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga
minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar
telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengkhatam Qur'an dalam       
begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina   
Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang
kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas    
Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab   
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas
sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan
membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya     
sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.                                       
                                                                      
3. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:           

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat
Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi 
ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang   
sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari
timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000       
malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka
selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan      
kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang
yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.    
                                                                      
4. Sabda Rasulullah SAW lagi:                                
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu   
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di     
sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap       
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat     
Israfil a.s.                                                               

5. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap   
satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari  
perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.          


6. Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang 
nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.                                 

7. Untuk Mendapatkan kebaikan di dunia dan akherat                          

Bacalah surat Al - Ikhlas setip hari sebagai amalan sehari - harinya.
Insya Allah berkat surat Ikhlas yang kita baca itu kita akan mendapat
kebaikan di dunia dan akherat.                                             

8. Terhindar dari fitnah dan siksa kubur                                   
Bacalah surat Al-Ikhlas pada orang yang sedang sakit. Seandainya orang 
yang sakit itu lantas mati pada hari itu juga, maka insyAllah dia akan     
diselamatkan dari fitnah kubur                                              



9. Sabda Rasulullah s.a.w : Sesiapa membaca sural al-ikhlas pada    
perkuburan 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalany kepada ahli kubur,       
nescaya diberikan kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur 
disitu.                                                              

10. Sabda Rasulullah s.a.w : Sesiapa membaca sural al-ikhlas sebanyak 11   
kali, nescaya Allah akan sediakan baginya satu mahligai dalam syurga.

11. Sabda Rasulullah s.a.w : Sesiapa membaca sural al-ikhlas sebanyak 51   
kali setiap hari, nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga.       

12. Sabda Rasulullah s.a.w : Sesiapa membaca sural al-ikhlas sebanyak 1000 
kali dan dia tidak menzalimi manusia, tidak mencuri, tidak berzina, dan
tidak minum minuman yang memabukkan, nescaya Allah ampunkan kesalahan yang 
lakukan olehnya dalam tempoh 50 tahun.                                     

13. Sabda Rasulullah s.a.w : Sesiapa membaca sural al-ikhlas sebanyak 200
kali setiap hari serta ia tidak mempunyai hutang dengan manusia , nescaya
ditulis baginya 1500 kebajikan dan dihapuskan dosa yang telah lakukan
dalam masa 50 tahun.                                                       

14. Sabda Rasulullah s.a.w : Sesiapa membaca sural al-ikhlas sebanyak
100,000 kali , nescaya dikurniakan baginya pahala seperti orang yang telah 
menebus dirinya dari neraka.                                               

15. Sabda Rasulullah s.a.w : Sesiapa membaca sural al-ikhlas sebanyak 1000 
kali, nescaya dikurniakan kepadanya kesukaan dan ditempatkan didalam       
syurga.                                                              

                                                               

Sabda Rasulullah SAW         
'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. 

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak                                                             
Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :              
1) Sedekah/amal jariahnya                                            
2) Doa anak-anaknya yang soleh                                             
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.        



WALLAHU'ALAM




P/S: Suka sangat baca surah ni time2 bersendirian!!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sum o' spies