Guru : Murid-murid! Binatang apa yang hurufnya bemula dari huruf "G"?
Dengan pantas seorang murid bangun dan menjawab.
"Gajah cikgu!"
Lalu, cikgu pun memujinya.
Guru : Soalan seterusnya. Binatang apa yang bermula dari huruf "D"?
Semua murid diam. Lalu murid tadi bangun dan menjawab, "Dua gajah cikgu"
Murid-murid lain ketawa. Cikgu mulai marah.
Guru : Awak berdiri atas kerusi. Soalan seterusnya, binatang apa yang bermula dari huruf "M"?
Semua murid terdiam. Lalu budak tadi menjawab, "Mungkin gajah..."
Guru : Awak keluar dan berdiri di pintu. Soalan terakhir, binatang apa yang bermula dari huruf "J"?
Semua murid diam. Guru hanya menunggu jawapan dari murid-murid tetapi semuanya terus senyap. Lalu budak tadi menjawab
"Jangan-jangan... Gajah"
P/S: That I can't help but laugh...
No comments:
Post a Comment