Pages

.

Saturday 8 March 2014

Kebetulan atau Nasib #2


Sambungan dari bahagian 1



6) Anak perempuanku ada di belakangku
Michael mengembara sekitar UK dengan keluarganya untuk mencari anak perempuannya, Lisa yang telah putus hubungan 10 tahun sebelum itu.
Setelah gagal, beliau menghubungi Suffolk Free Press, yang bersetuju untuk membantu beliau dengan membuat pengumuman di akhbar.
Mujur, anak perempuan beliau yang hilang itu ternampak pengumuman tersebut dan mereka berdua dapat bertemu kembali.
Tanpa disangka, ketika gambar beliau di ambil, anak perempuan beliau ketika itu berada di belakang beliau.

7) James Bond 
Seorang pelajar berumur 15 tahun yang menuntut di Sekolah Menengah Argoed di North Wales menduduki peperiksaan GCSE pada tahun 1990. Nama pelajar tersebut ialah James Bond, nombor rujukan kertasnya ialah 007.

8) Kebaikan yang dibalas dengan kebaikan.
Pada tahun 1965, Roger Lausier yang berumur empat tahun berenang di Pantai Salem, dia mengalami kesulitan dan diselamatkan oleh seorang wanita bernama Alice Blaise.

Pada tahun 1974, pantai yang sama, Roger keluar berakit apabila beliau menarik seorang lelaki yang lemas, yang menakjubkan, lelaki tersebut merupakan suami kepada Alice Blaise.

9) Empat kali disambar kilat.
Tentera Pasukan Berkuda British, Major Summerford semasa berperang di Padang Flanders pada tahun akhir WW1 telah disambar kilat menyebabkan beliau jatuh dari kuda dan lumpuh dari pinggang ke kaki.

Beliau berpindah ke Vancouver Kanada. Enam tahun kemudian, ketika memancing, beliau sekali lagi disambar kilat menyebabkan badan sebelah kanan beliau lumpuh.

Selepas dua tahun dalam pemulihan, ketika itu musim panas dan beliau tengah mengambl angin di taman tempatan, ribut musim panas melanga dan Major Summerfield sekali lagi disambar kilat menyebabkan beliau kekal lumpuh.

Empat tahun kemudian selepas beliau meninggal, batu nisan beliau musnah kerana disambar kilat.

10) Mati di mana-mana
Seorang Usahawan Danie de Toit berucap di Afrika Selatan. Topik ucapan beliau ialah - Watch out because death can strike you down at any time.

Setelah habis berucap, ketika beliau mengunyah pudina, beliau tersedak kemudian mati. Ironinya.

Sumber : 9gag

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sum o' spies