Pages

.

Sunday, 15 December 2013

Waktu yang dilarang untuk bersolat





Walaupun solat adalah sesuatu yang dituntut, namun terdapat juga waktu-waktu yang kita dilarang bersolat berdasarkan hadis sahih Uqbah Bin Amir Al-Juhaniy di bawah;

ثلاث ساعات كان رسول الله صلى الله عليه و سلم ينهانا أن نصلي فيهن أو أن نقبر فيهن موتانا حين تطلع الشمس بازغة حتى ترتفع وحين يقوم قائم الظهيرة حتى تميل الشمس وحين تضيف الشمس للغروب حتى تغرب

Maksudnya; “Tiga waktu Nabi SAW melarang kami solat dan mengebumikan mayat padanya; ketika terbit matahari, sehingga naik tinggi (melepasi garisan ufuk); ketika matahari berada di kemuncak (di tengah kepala), sehingga tergelincir dan juga ketika matahari mula terbenam, sehinggalah ia terbenam.” (HR Muslim r.a)

Dijelaskan di sini iaitu,

1. Ketika matahari terbit sehingga naik tinggi - kerana pada ketika ini, matahari terbit di antara dua tanduk syaitan dan orang2 kafir sujud kepada matahari pada waktu tersebut.
* Untuk lebih jelas lagi, waktu ini adalah waktu syuruk iaitu kurang lebih 28 minit selepas waktu subuh berakhir. Dalam tempoh waktu tersebut, adalah dilarang untuk melakukan sebarang solat.

2. Ketika matahari berada di kemuncak sehingga tergelincir - pada ketika ini, api neraka menggelegak dan syaitan berkeliaran.
* Pada waktu ini, matahari berada tegak di atas kepala. Apabila kita berdiri, bayang tidak kelihatan kecuali bayang di bawah kaki. Waktu ini adalah kurang lebih 5-10 minit sebelum masuk waktu zohor.

3. Ketika matahari mula terbenam sehingga ia terbenam - pada waktu ini, matahari terbenam antara dua tanduk syaitan dan orang kafir sujud pada matahari pada waktu itu.

*****

Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian untuk mengerjakan solat pada waktu larangan ini. Contohnya solat qada.

Ini kerana, Nabi SAW memerintahkan agar solat qada dilakukan dengan kadar yang segera sepertimana hadis yang disebutkan;

"Sesiapa LUPA daripada satu solat, hendaklah bersolat apabila dia TERINGAT" (Muslim)

Larangan solat pada waktu ini adalah untuk solat yang tiada sebab. Terdapat hadis yang menyebut larangan sengaja memilih waktu tersebut untuk bersolat iaitu hadis riwayat Bukhari, "Jangan mencari solat pada ketika terbit dan terbenam matahari"

Bagaimanapun, orang yang mengqada solat (bersebab) tidak akan sengaja memilih waktu ini kerana solat qada perlu dilakukan secepat yang boleh. Solat yang bersebab adalah seperti solat qada atau tahiyyat masjid.

Manakala waktu afdal untuk bersolat adalah sepertiga waktu selepas azan (kira-kira 20 minit selepas azan). berdasarkan hadis Jabir

Sabda Nabi SAW, "Wahai Bilal, jadikan antara azan dan iqamah kamu sekadar orang yang sedang makan selesai makannya, orang yang minum, selesai minumnya dan orang yang qada hajat selesai qada hajatnya"

Waktu Isyak pula boleh dilakukan pada lewat malam dan ia merupakan sesuatu yang baik. Nabi SAW pernah melewatkan solat Isyak sehingga jemaah di masjid tertidur lalu Nabi bersabda "Inilah waktunya kalau tidak menyusahkan umatku" (HR Muslim)

Walau bagaimanapun, jika jemaah dilakukan pada awal waktu, maka berjemaah awal waktu adalah lebih dituntut daripada mencari kelebihan lewat malam.



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sum o' spies