Pages

.

Tuesday, 12 November 2013

Pernah dengar Khataman Nubuwwah?



Pernah dengar Khatamun Nubuwwah? Kalau tidak tahu, inilah yang dia Khatamun Nubuwwah.





Tanda Khatamun Nubuwwah ini ada pada diri Nabi Muhammad SAW yang menunjukkan baginda adalah penamat/penutup bagi segala Nabi dan Rasul (Baginda adalah Nabi dan Rasul yang terakhir). Tanda ini dikatakan ada pada belikat Rasullullah. Ulama-ulama berbeza pendapat bagi bentuk Khatamun Nubuwwah ini. Namun bentuk yang paling mashyur digambarkan adalah berbentuk seperti telur burung merpati iaitu gumpalan daging yang menonjol di sebelah kiri bahagian atas, memancarkan cahaya, kelihatan berwibawa dan berbau wangi.


Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Ali R.A di dalam kitab mahamatnainiah yang bermaksud;

"Barangsiapa yang menjadikan lukisan Khatamun Nubuwwah aku perhiasan, dipelihara oleh Allah baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan mati dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab"

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Anas R.A, baginda SAW bersabda yang bermaksud;

"Bermula rumah yang ada lukisan Khatamun Nubuwwah aku di dalamnya, maka dipelihara Allah baginya daripada kebakaran dan kecurian dan daripada tiap-tiap musuh, dan tidak dimatikan melainkan tempatnya di syurga dan diluaskan oleh Allah kuburnya dan diterangi olehNya dengan cahaya"

Dapat difahami di situ, siapa yang menjadikan tanda ini sebagai perhiasan di rumah, maka ahlulbait tersebut akan terpelihara daripada penyakit, terhidar daripada bencana kecurian atau kebakaran.

Hadis lain meriwayatkan;

"Barangsiapa yang melihat Khatamun Nubuwwah dalam berkeadaan wuduk pada waktu subuh, nescaya dipelihara oleh Allah akan dia hingga ke petang, pada waktu Maghrib terpeliharalah dia hingga ke pagi, ketika berjalan (bermusafir) maka jadilah sepanjang perjalannya berkat dan selamat dan sesiapa yang mati dalam tahun tersebut maka dimatikan dalam iman"
Imam At-Tarmizi R.A

Apakah yang dimaksudkan dengan melihat? Adakah dengan menampalnya di dinding atau dijadikan wallpaper/screen saver PC agar boleh dilihat pada bila-bila masa? Menurut pemahaman, yang dimaksudkan dengan melihat adalah menghayatinya ke dalam diri semasa mengamalkannya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sum o' spies