Pages

.

Wednesday, 3 August 2011

RENUNGAN DI AMBANG RAMADHAN

Assalammualaikum...

Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu 'anhu, katanya:
Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Sya'ban.  Beliau bersabda: 

"Wahai manusia, sesungguhnya
kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi panuh keberkatan, iaitu bulan  yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan  yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya  suatu tatawwu'(sunat). 
Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan  suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang  menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan  suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan maka samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain. 
Ramadhan itu adalah bulan sabar,  sedang sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan itu adalah bulan  memberikan pertolongan dan bulan Allah memberi rezeki kepada para mukmin di  dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang  yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya  dan kemerdekaan dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka  puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa  dikurangkan sedikitpun."

Para Sahabat berkata:
"Ya Rasulullah, tidaklah kami semua memiliki makanan berbuka puasa itu untuk  orang yang berpuasa?!"

Maka bersabda Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam: 
"Allah  memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan sebutir kurma, atau  seteguk air, atau sehirup susu. 
Dialah bulan yang permulaannya rahmat,
pertengahannya keampunan dan pengakhirannya merdeka dari api neraka.  
Barangsiapa meringankan beban daripada hamba sahaya (pembantu-pembantu  rumah), nescaya Allah akan mengampuni dosanya dan memerdekakannya  daripada api neraka. Oleh itu perbanyakkanlah empat perkara di dalam bulan Ramadhan. 
Dua perkara untuk menyenangkan Tuhanmu dan dua perkara lagi  untuk kamu sangat menghajatinya. Dua perkara yang kamu lakukan untuk menyenangkan Allah ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan memohon keampunan kepadaNya. Dua perkara lagi yang kamu sangat memerlukannya ialah memohon syurga dan berlindung daripada neraka. 
Barangsiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam itu dengan suatu minuman yang dia tiada merasakan dahaga lagi sesudahnya,  sehingga dia masuk ke dalam syurga" (At-Targhib, jld.II, 217-218) 

SubhanAllah....


P/S : Selamat Menunaikan Ibadah Berpuasa.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sum o' spies