Pages

.

Monday, 7 December 2015

Pendaftaran atau Kemaskini BR1M 2016




Once again, Pendaftaran atau Kemaskini BR1M bagi tahun 2016. So, sesiapa yang rasa diri itu layak, bolehlah mendaftar di mana-mana Cawangan LHDN yang terdekat.

Ataupun, buat permohonan secara atas talian dengan melayari laman web ini,


Bagi pemohon baru, perlu sertakan dokumen-dokumen seperti;-
1. Salinan kad pengenalan pemohon
2. Salinan kad pengenalan pasangan
3. Salinan kad pengenalan tanggungan
4. Salinan akaun bank.
5. Sijil cerai/ kematian/ surat akuan ibu/bapa tunggal (bagi yang berstatus ibu/bapa tunggal)

Bagi individu yang telah mendaftar, disarankan untuk mengemaskini permohonan yang lepas dengan melayari laman ini,

https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=k

*2 soalan keselamatan diajukan (senang jak)

*Jika pemohon yang memohon secara atas talian menambah bilangan tanggungan, salinan kad pengenalan/ surat beranak tanggungan perlu diserahkan kepada pihak LHDN (dalam masa 7 hari dari tarikh permohonan).

Kalau rasa ragu-ragu, boleh membuat permohonan secara manual dengan mengisi Borang Pendaftaran BR1M 2016 yang boleh dimuat turun dari laman web tersebut. Ataupun mengambil borang dari mana-mana cawangan LHDN berdekatan.

*Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke mana-mana Cawangan/ Pusat Khidmat Hasil/ UTC LHDNM.


Tarikh permohonan/ kemaskini BR1M bermula dari 05 Disember 2015 hingga 31 Disember 2015. *tertakluk kepada pindaan*


* Nota:

Ada beberapa penambahan dalam borang permohonan tahun ini:-

1. Maklumat waris : Bagi individu yang telah berkahwin, WAJIB mengisi maklumat waris (boleh jadi pasangan atau anak-anak/cucu) Samaada isi secara manual atau atas talian. Bagi individu yang bujang yang mengisi secara manual, tidak perlu mengisi bahagian waris (namun disarankan) (berdasarkan maklumat LHDN cawangan kami), tapi, bagi yang mengisi secara atas talian, WAJIB mengisi maklumat bahagian waris.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (LHDNM) atau talian 03-8882 4565/4566 (Hotline BR1M).

P/S: Yep... au agak lewat update blog, tapi masih sempat kan. Better late than never.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sum o' spies