Pages

.
Showing posts with label Ilmiah. Show all posts
Showing posts with label Ilmiah. Show all posts

Monday, 8 September 2014

Apa yang kau kejar?





Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat 5A UPSR...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat 8A dalam PMR...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Tapi...,

Bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."

Kata mereka....

Tapi...

Pada suatu Subuh...

Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...

Saya bacakan surah Abasa...

Dan sebak ketika sampai ayat:

Yaumayafirrul mar'umin akhih.....
Wa ummihi...wa Abih....

Selesai solat, semasa perjalanan pulang...

Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

Saya jelaskan....

Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...

Ibunya... Ayahnya... Isterinya... Anak-anaknya...

Saya katakan...

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...

Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila...

Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut...

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...

Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...

Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga tak bagi mudarat pada saya...

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....

"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji...

Wahai hamba Allah...
Apa sebenarnya yang kalian kejar?
Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...
Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

Wahai saudaraku...
Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?
Sebelum lubang kubur kalian akan digali?

Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?

*self-reminder*
Masalah KITA yg masih bernyawa ni....dah ambik bekal kah belum...atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita.....

Bak kata kalam saiyidina Ali r.a...."Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."

Jangan kita masuk dalam golongan yg "ramai" tu....sebab yg ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni...

Masuklah dlm golongan yg sedikit...sbb yg sedikit itu akan masuk syurga...selama2nya...
"pesanan utk KITA... saya sekali yg banyak dosa ni"

sgt memberi keinsafan

Sebarknlah,xperlu nk sebar ke 20 org,40 org mahupn 100 org.

Sebar je seikhlas hati demi secubit keinsafan diri

Copy paste dari Facebook




Saturday, 28 June 2014

Ramadan datang lagi


Selamat menunaikan ibadah Ramadan




Bulan Ramadan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jangan dikira
Moga ia menjadi penebus dosa

Membaca Al-Quran jangan dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadan dengan bermacam cara
Agar Ramadan tidak sia-sia

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadan

Isilah Ramadan dengan sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa

P/S: Lagu ni, dari dulu sampai sekarang aku masih suka




Monday, 16 June 2014

Ustaz! Kau Kolot!


Renung-renungkanlah

wahai cewek-cewek di luar sana...


Yeah! That's what about right.

When you meet your creator, will you be able to say

"Mind your own business"

Nauzubillahminzalik!






Tuesday, 10 June 2014

Insan bernama Ayah


PESAN IBU:

Anakku
Memang ayah tak mengandungmu..
Tapi, darahnya mengalir dalam darahmu
Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.

Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi, suaranya-lah yang pertama mengantarakanmu pada Allah ketika kau lahir.

Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi, dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi, tahukah kau dalam doanya tak pernah terlupa namamu disebutnya.

Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
Kerana,
Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.

Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.

Ibu hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.

Anakku dari dirinya juga terdapat surga bagimu. 
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.
Kerana,
Ibu adalah tulang rusuk-nya.

Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.

Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah.



Sumber : Facebook *link hilang tah mana

P/S: Baca saja... setiap hari adalah hari bapa

Wednesday, 26 March 2014

Hukum sedekah Al-Fatihah untuk orang mati dan yang masih hidup




Sekarang ni isu Pesawat MH370 memang popular kan? Masing-masing sedekahkan Al-Fatihah kepada para penumpang pesawat MH370. Masa syok-syok skroll tu, tetiba jumpa satu komen, macam ni;

TIDAK Baik ucap Al-fatihah untuk keluarga Penumpang dan anak kapal Muslim MH370 kalau Mayat tidak dijumpai seumpama kamu meminta kematian mereka 


-Ustaz Azhar Idrus-

OK... dari Ustaz Azhar Idrus. Tahu saja ustaz yang cakapkan? So what do you think? Terkejut juga baca statement itu. Tapi, betulkah statement dari beliau? *update: UAI takda akaun twitter, so...*

Then I think, sia-sialah sedekahkan Al-fatihah untuk diaorang eh? Macam mana dengan sedekah yang aku niatkan untuk kedua orang tuaku dan ahli keluargaku tiap2 kali bangun tidur, walhal diaorang masih hidup? Nda baik juga?

Aku masih terkejut dengan kenyataan tu... tapi, mana juga aku mau bash kenyataan UAI, siapalah aku dibandingkan dengan beliau. So, fikir balik ayat yang dia pakai (think positive, orang bilang). 


First beliau *bukan UAI tulis TIDAK BAIK bukan TIDAK BOLEH. Mungkin untuk jaga hati keluarga mangsa. Wallahu'alam.

Lagi satu, "Ucap (say)" dan "baca (read)" merupakan dua perkara berbeza. "Ucap Al-fatihah" bermaksud cuma sebut "Al-fatihah" dan "Baca Al-fatihah" bermaksud membaca dari surah 1 hingga tamat. Bukan begitu ek? Again, this is just my opinion... okay!

BUKAN UCAP SETAKAT UCAP AL-FATIHAH, TAPI BACA Al-FATIHAH DARI AYAT 1 HINGGA HABIS DENGAN IKHLAS.

Entahlah, tapi bila kamu taip komen "Al-Fatihah" tu, kamu baca habis atau cuma sebut Al-Fatihah? Tanya diri masing-masing.

And then, dalam satu video ustaz pula, beliau ada cakap boleh sedekahkan Al-fatihah kepada orang muslim yang masih hidup ataupun yang telah mati. Dan haram untuk  
 كَافِرٌ  yang sudah mati. Mana satu nih?

>> Link Facebook <<

Then I ask myself again, apa salahnya membaca Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada penumpang MH370?

Ataupun sebab sebahagian penumpang MH370 adalah كَافِرٌ jadi... tulah. Kalau macam tu, niat untuk
صدقهکن الفاتحة اونتوق ڤنومڤڠ يڠ براݢام إسلام
mungkin boleh kan?


XXXXXXXXX


Sudah-sudah aku mengarut pasal ni, sebenarnya, entri aku kali ni mau cakap juga pasal hukum baca Al-Fatihah untuk orang yang mati dan orang yang hidup. Tu yang pasal pesawat tu saja-saja mau iklan-iklan. 
Enough ranting! Back to the topic, kita selalu sedekahkan Al-Fatihah untuk orang yang sudah mati... biasalah kan? Asal ada orang mati, mesti ada yang cakap;

"Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada si Fulan Bin/Binti si Fulan; semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman"

Ya, statement yang biasa-biasa kita dengar. Nabi tidak pernah menganjurkan sahabatnya yang masih hidup untuk menyedekahkan Al-Fatihah untuk orang yang sudah mati. Yang Nabi anjurkan ialah DOA untuk si mati.

Ada beberapa hadis/dalil yang dapat menyokong statement di atas;



عن أم سلمة قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم " إذا حضرتم الميت فقولوا خيرا فإن الملائكة يؤمنون على ما تقولون " فلما مات أبو سلمة قلت يارسول الله ما أقول ؟ قال " قولي اللهم اغفر له وأعقبنا عقبى صالحة " قالت فأعقبني الله تعالى به محمدا صلى الله عليه وسلم .
Maksudnya : Daripada Ummu Salamah katanya : Bersabda Rasulullah SAW “ Apabila kamu menziarahi mayat maka katakanlah yang baik-baik. Sesungguhnya para Malaikat percaya (mencatat) apa yang kamu katakan”. Maka ketikamana Abu Salamah meninggal dunia, aku (Ummu Salamah) bertanya wahai Rasulullah apa yang patut aku katakan? Jawab (baginda) “ Katakan : اللهم اغفر له وأعقبنا عقبى صالحة

[Hadis Sahih susunan Abi Daud (3115), Ibnu Majah (1447)]
Hadis dinukilkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab sahih beliau (3005)



عن أبي هريرة رضي الله عنه : أن النبي صلى الله عليه وسلم قال إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاث صدقة جارية وعلم ينتفع به وولد صالح يدعو له
Maksudnya : Daripada Abi Hurairah ra : Sesungguhnya Nabi SAW bersabda “Apabila mati seseorang insan, maka terputuslah segala amalanya melainkan tiga (amalan). Sedekah jariah (yang ditinggalkan), ilmu yang bermanfaat (yang diajarkan), dan anak yang soleh yang mendoakannya.
[Hadis susunan Tirmizi (1376), Nasa'i (3651)]

عن سليمان بن بريدة عن أبيه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعلمهم إذا خرجوا إلى المقابر فكان قائلهم يقول ( في رواية أبي بكر ) السلام على أهل الديار ( وفي رواية زهير ) السلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين وإنا إن شاء الله للاحقون أسأل الله لنا ولكم العافية
Maksudnya : Daripada Sulaiman bin Buraidah, daripada ayahnya berkata : Adapun Rasulullah SAW mengajarkan mereka apabila kamu keluar ke perkuburan maka hendaklah seseorang dari mereka katakan : (dalam riwayat Abi Bakar) Sejahtera keatasmu ahli kubur, (dalam riwayat Zuhair) Assalamualaikum ahli kubur dari kalangan Mukminin dan Muslimin dan aku Insya-Allah akan menyusul. Aku pohon kepada Allah kebaikan ke atas kami (yang masih hidup) dan keatas kamu (yang telah mati).
[Hadis sahih Muslim (104), sama maksud dalam Nasa'i (2040), Ibnu Majah (1574), Musnad Ahmad bin Hanbal (23035)]


Tidak ditunjukkan "sedekahkan Al-fatihah" melainkan "Mendoakan kesejahteraan mereka". Ini adalah sebaik-baik amalan yang dianjurkan oleh Nabi SAW.

Tapi, still tidak salah untuk membacakan Al-Fatihah.

Wallahu'alam.

XXXXX
XXXX

Okay! berbalik kepada isu MH370, apa-apapun, kita doakan sahaja yang terbaik untuk mereka. Aku bukanlah orang yang tinggi ilmu agama. Cukup2 makan saja. Tapi, kita tahu, Al-Fatihah ni banyak manfaat kan? Mana tau kita sedekah bacaan Al-Fatihah dapat memudahkan urusan pencarian pesawat MH370. Who knows?




Monday, 24 March 2014

5 maksiat yang disegerakan balasannya.




Tengah syok-syok scroll FB tetiba terjumpa satu fakta yang menarik dan aku teringin untuk kongsi;-


Daripada Ibnu Umar r.a berkata: Berhadap Rasulullah Saw kepada kami pada suatu hari dan kemudian beliau bersabda; " wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya ( kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt semoga kamu tidak menemui masa itu. 

Perkara-perkara itu ialah :

1. TIADA TERZAHIR NAMPAK PERZINAAN PADA SUATU KAUM SEHINGGA MEREKA BERANI BERTERUS-TERANG MELAKUKANNYA, KECUALI MEREKA AKAN DITIMPA PENYAKIT TAUN YANG CEPAT MEREBAK DI KALANGAN MEREKA, DAN MEREKA AKAN DI TIMPA PENYAKIT-PENYAKIT YANG BELUM PERNAH MENIMPA UMAT-UMAT YANG TERDAHULU IATU AIDS.

2. TIADA MEREKA MENGURANGKAN SUKATAN DAN TIMBANGAN KECUALI MEREKA AKAN DIBALAKAN DENGAN KEMARAU DAN SUSAH MENCARI REZEKI DAN KEZALIMAN DARIPADA KALANGAN PEMIMPIN MEREKA SENDIRI.

3. DAN TIADA MENAHAN MEREKA AKAN ZAKAT HARTA BENDA KECUALI DITAHAN UNTUK MEREKA AIR HUJAN DARI LANGIT. JIKALAU TIADA BINATANG YANG HIDUP DI ATAS PERMUKAAN BUMI TENTUNYA MEREKA TIDAK AKAN DIBERIKAN HUJAN OLEH ALLAH SWT. ~Bersyukurlah adanya binatang. Allah itu Maha Pengasih~

4. DAN TIADA MEREKA MUNGKIR AKAN JANJI ALLAH SWT DAN RASULNYA KECUALI ALLAH AKAN MENGUASAKAN KE ATAS MEREKA MUSUH MEREKA, MAKA MUSUH ITU MERAMPAS SEBAHAGIAN DARI APA YANG ADA DI TANGAN MEREKA

5. APABILA PEMIMPIN-PEMIMPIN MEREKA TIDAK MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH YANG TERKANDUNG DALAM AL QURAN DAN TIDAK MAHU MENJADIKANNYA SEBAGAI PILIHAN, MAKA DISAAT ITU ALLAH SWT AKAN MENJADIKAN PEPERANGAN DI KALANGAN MEREKA SENDIRI

H.R. IBNU MAJAH


Sumber: 40 HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN OLEH USTAZ ABU ALI AL-BANJARI AN-NADWI

Sumber : Facebook (dah lupa link)

Malas mau taip panjang-panjang, fikirlah sendiri dan kaitkan dengan kejadian-kejadian yang menimpa zaman kita sekarang. Ini semua adalah tanda-tandaNya, sama ada kita perasan atau tidak, terpulang! Astaghfirullahhaladzim

Monday, 3 March 2014

Rahsia tahi lalat anda



Tahi lalat di kepala - bijak

Tahi lalat di ubun kepala - Kurang jujur

Tahi lalat di dahi - mempunyai kelebihan tersembunyi

Tahi lalat di bulu kening kiri - Menarik

Tahi lalat di bulu kening kanan - cerdas

Tahi lalat bawah mata - sensitif

dan banyak lagi rahsia-rahsia tahi lalat yang menentukan sifat seseorang.

Sebenarnya tujuan entri ini bukan untuk membongkar Rahsia Tahi Lalat anda tapi lebih cenderung kepada hukum mengetahui rahsia keperibadian berdasarkan tahi lalat, tarikh lahir (bulan, hari, tahun), keperibadian anak pertama, kedua, tengah atau bongsu atau yang setara dengannya.

Perbuatan menyelidik personaliti seseorang berdasarkan tarikh lahir, bulan lahir, hari lahir, atau tahi lalat ini boleh menyebabkan akidah seseorang Islam itu terpesong

Perbuatan ini adalah sama seperti menilik nasib. Dan menilik nasib itu tergolong dalam perbuatan kufur. Maka sebab itu hukum menyelidik peribadi seseorang berdasarkan faktor-faktor tersebut adalah HARAM.

Mungkin masih ramai muslim yang diluar sana tidak menyangka akan hal ini lebih-lebih lagi perkara ini dipopularkan oleh pakar-pakar motivasi.

Lebih teruk lagi, jika ramalan tersebut dipercayai, maka boleh membawa kepada syirik kerana dia percaya nasib dia ditentukan oleh benda lain selain Allah SWT ~Na'uzubillah min zalik~.

Menurut ulama terkenal Yusuf Al-Qardawi, walaupun seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari.


"Believing in those who foretell the future constitutes Kufr (disbelief). Islam's campaign was not confined to the soothsayers and diviners but included all those who go to them, ask their help, and believe in their superstitions and errors. The Prophet (peace and blessings be upon him) said, "The prayer of one who goes to a soothsayer, asks him something and believes in what he says, will not be accepted for forty days" (Reported by Muslim).

the Lawful and the Prohibited in Islam: Yusuf Al-Qardawi


Walau bagaimanapun, jika tujuan membaca adalah untuk membantah dan mengingkari amalan syirik, hukumnya adalah dituntut.

Tapi, mampukah kita mengawal diri untuk tidak mempercayai ramalan-ramalan yang ditulis tersebut? Tepuk dada tanya diri sendiri.


Sebagai peringatan, sifat manusia itu boleh berubah-ubah dan bukanlah ditentukan berdasarkan tahi lalat dia. Bak kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Tahi lalat sama di atas kepala, perangai lain-lain.



>> Hukum mengetahui rahsia keperibadian <<

Jauhilah perbuatan syirik. Hanya Allah yang maha mengetahui akan nasib seseorang manusia berdasarkan firman Allah;

Ya'lamu ma fi al-arham 
Allah mengetahui sesuatu yang berada di dalam rahim.


P/S : Rahsia tahi lalat anda...

Thursday, 13 February 2014

I ain't toast for Valentine



The hell is V'tine?~google saja~

Just a friendly reminder to Muslims out there...

 Meraikan V'tine adalah HARAM. >>seterusnya<<


P/S : Malas mau buat entri panjang2 -_-'

Thursday, 30 January 2014

Kurangkan sakit senggugut


Bila senggugut bertandang...

Tetamu yang menyeramkan buat perempuan. Sakit yang cuma orang yang mengalaminya saja tau. Mau cerita dekat orang lain, dorang bukan tau macam mana rasanya. Kalau describe pun, the feeling isn't the same either.

Ndala mau mau cerita panjang lebar macam mana sakitnya senggugut ni. Because, that wasn't my point. Tujuan aku buat entri ni pun cuma mo kongsi satu cara untuk mengurangkan rasa sakit yang melampau ni, bukan menghilangkan, MENGURANGKAN!!!...

Makan pil? Cis! aku rasa badan aku ni sudah penuh dengan toksid-toksid sebab asyik makan bahan kimia yang ntah apa-apa ntah tu.  I avoid taking pills years ago. This is not a good solution in the first place. I'm talking about long term effect, you know, kidney, bones, liver...

Tuala wanita berubat? Sakit bukan di luar, sakit di dalam. Benda di luar tu mau buat apa?

Tiadanya benda-benda tu dalam petua ni. Lagipun, ianya bukanlah costly pun, cuma beli kunyit hidup, sudah!


Ni petua mama aku dapat dari sepupu dia sebab anak sepupu dia punya senggugut yang teruk. Boleh pengsan-pengsan gitu.

Cara-caranya;

Rebus akar bunga raya dengan tujuh hirisan kunyit hidup (kalau boleh, kunyit yang besar tu la)

Bunga raya spesis yang ni la

Minum setiap kali bulan menyimpang. Dalam dua atau tiga hari pertama datang, atau minum selama mana tempoh datang tu. Tapi kalau sudah ada tanda-tanda PMS tu, boleh minum juga. Lagi bagus.

Sebelum minum selawat tiga kali. Nda selawat pun nda apa.

Air rebusan tu boleh simpan dalam peti sejuk untuk 2-3 hari tu. Bila mau minum, panaskan balik atau campur air suam.

Minum semasa bangun pagi dan sebelum tidur. Lagi kerap, lagi bagus, tu pun kalau tahan dengan rasa air tu.

Satu lagi, elakkan memakan makanan pedas dalam tempoh pengambilan air ni. Seminggu nda makan pedas, nda pa ba tu kan.

Amalkan tiap-tiap bulan sampai sakit tu hilang.

Sebenarnya banyak petua, tapi semua tu aku nda pernah amalkan. Cuma yang di atas ni saja.

Alhamdulillah, sejak mengamalkannya tiga atau 4 bulan yang lalu, sakit sudah tidak seberapa. Sakit yang boleh tahan, yang tidak mengganggu aktiviti seharian. Jalan boleh, lari boleh, lompat pun boleh.

Tiadalah rasa mau toreh-toreh tu abdomen yang sakit tu. Tiada juga rasa mau pukul-pukul, tumbuk-tumbuk bahagian yang sakit tu. Tertonggeng-tonggeng atas tilam, golek-golek, tendang-tendang sana sini, menggeliat merenggangkan otot-otot dan sendi-sendi yang lenguh tu pun tiada juga. Berlipat-lipat atas katil pun sudah tidak diamalkan. hohoho...

P/S : Ntah mengapa aku rasa macam mau kongsi.

Monday, 27 January 2014

Kubur masing-masing




"Kubur masing-masing"

Jangan sombong, kecuali jenazah kita boleh bangun mandi, mengkafan, bersembahyang dan bergolek ke dalam kubur. 


Sebab di dalam kubur itulah urusanmu yang masing-masing.


Sunday, 12 January 2014

Hukum menjawab azan dan tukar channel lain bila azan disiarkan



Apabila terdengar azan (adzan) berkumandang di TV, adakah anda akan meneruskan siaran azan atau terus pindah ke channel lain?

Bagi yang meneruskan mendengar azan, adakah anda akan menjawab azan tersebut?

~HUKUM MENJAWAB AZAN~

Untuk pengetahuan, azan-azan yang berkumandang di radio atau TV yang disiarkan secara langsung (contohnya pada hari jumaat, azan biasanya disiarkan secara langsung dari masjid-masjid tempatan) adalah disunatkan untuk menjawab kerana azan tersebut dianggap sebagai Azan Hakiki.

Tetapi,
azan-azan yang disiarkan melalui rakaman, seperti azan di TV/radio pada waktu-waktu zuhur, asar, maghrib dan isyak, kita tidak disyariatkan untuk menjawabnya kerana dianggap tidak ada muazzin.

Penjelasan tersebut dapat dipetik dari hadis Abu Said Khudri. Nabi SAW bersabda;

إِذَا سَمِعْتُمْ النِّدَاءَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ الْمُؤَذِّنُ
“Apabila kamu mendengar azan, maka jawablah seperti apa yang diucapkan muazzin.” 

(HR. Al-Bukhari no. 9 & Muslim no. 383)

Hadis menyebut, kita disunatkan untuk menjawab azan yang diucapkan dari Muazzin. 

Adapun hadis ini;
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
merupakan hadis yang dhaif (lemah). 

Tiada larangan yang melarang kita untuk tidak bercakap-cakap ketika azan berkumandang.

Tiada dalil yang menyebut menyuruh kita untuk berdiam diri ketika azan berkumandang.

* Menjawab atau tidak, yang paling penting, kita hendaklah menghormati azan. 


~HUKUM MEMINDAH CHANNEL KETIKA AZAN DISIARKAN~

Adapun hukum memindah channel itu, tidaklah berdosa tetapi MAKRUH jika niat menukar adalah bersahaja. 

Tetapi perbuatan tersebut juga boleh jatuh hukum HARAM, kalau niat memindah channel sebab tidak suka atau benci mendengar azan malah boleh membawa kepada KEKUFURAN.

Untuk penjelasan lanjut, dengar penjelasan UAI;-




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sum o' spies