Pages

.

Monday 3 March 2014

Rahsia tahi lalat anda



Tahi lalat di kepala - bijak

Tahi lalat di ubun kepala - Kurang jujur

Tahi lalat di dahi - mempunyai kelebihan tersembunyi

Tahi lalat di bulu kening kiri - Menarik

Tahi lalat di bulu kening kanan - cerdas

Tahi lalat bawah mata - sensitif

dan banyak lagi rahsia-rahsia tahi lalat yang menentukan sifat seseorang.

Sebenarnya tujuan entri ini bukan untuk membongkar Rahsia Tahi Lalat anda tapi lebih cenderung kepada hukum mengetahui rahsia keperibadian berdasarkan tahi lalat, tarikh lahir (bulan, hari, tahun), keperibadian anak pertama, kedua, tengah atau bongsu atau yang setara dengannya.

Perbuatan menyelidik personaliti seseorang berdasarkan tarikh lahir, bulan lahir, hari lahir, atau tahi lalat ini boleh menyebabkan akidah seseorang Islam itu terpesong

Perbuatan ini adalah sama seperti menilik nasib. Dan menilik nasib itu tergolong dalam perbuatan kufur. Maka sebab itu hukum menyelidik peribadi seseorang berdasarkan faktor-faktor tersebut adalah HARAM.

Mungkin masih ramai muslim yang diluar sana tidak menyangka akan hal ini lebih-lebih lagi perkara ini dipopularkan oleh pakar-pakar motivasi.

Lebih teruk lagi, jika ramalan tersebut dipercayai, maka boleh membawa kepada syirik kerana dia percaya nasib dia ditentukan oleh benda lain selain Allah SWT ~Na'uzubillah min zalik~.

Menurut ulama terkenal Yusuf Al-Qardawi, walaupun seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari.


"Believing in those who foretell the future constitutes Kufr (disbelief). Islam's campaign was not confined to the soothsayers and diviners but included all those who go to them, ask their help, and believe in their superstitions and errors. The Prophet (peace and blessings be upon him) said, "The prayer of one who goes to a soothsayer, asks him something and believes in what he says, will not be accepted for forty days" (Reported by Muslim).

the Lawful and the Prohibited in Islam: Yusuf Al-Qardawi


Walau bagaimanapun, jika tujuan membaca adalah untuk membantah dan mengingkari amalan syirik, hukumnya adalah dituntut.

Tapi, mampukah kita mengawal diri untuk tidak mempercayai ramalan-ramalan yang ditulis tersebut? Tepuk dada tanya diri sendiri.


Sebagai peringatan, sifat manusia itu boleh berubah-ubah dan bukanlah ditentukan berdasarkan tahi lalat dia. Bak kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Tahi lalat sama di atas kepala, perangai lain-lain.



>> Hukum mengetahui rahsia keperibadian <<

Jauhilah perbuatan syirik. Hanya Allah yang maha mengetahui akan nasib seseorang manusia berdasarkan firman Allah;

Ya'lamu ma fi al-arham 
Allah mengetahui sesuatu yang berada di dalam rahim.


P/S : Rahsia tahi lalat anda...

4 comments:

  1. tu lah masalahnya bila buat blogwalking , entry mrk adalah yg sebegini ...

    ReplyDelete
  2. banyak perkara yg boleh jatuh syirik yg kita tak perasan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... benda kecik je.. tapi tak boleh pandang remeh

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sum o' spies