Tengah syok-syok scroll FB tetiba terjumpa satu fakta yang menarik dan aku teringin untuk kongsi;-
Daripada Ibnu Umar r.a berkata: Berhadap Rasulullah Saw kepada kami pada suatu hari dan kemudian beliau bersabda; " wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya ( kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt semoga kamu tidak menemui masa itu.
Perkara-perkara itu ialah :
1. TIADA TERZAHIR NAMPAK PERZINAAN PADA SUATU KAUM SEHINGGA MEREKA BERANI BERTERUS-TERANG MELAKUKANNYA, KECUALI MEREKA AKAN DITIMPA PENYAKIT TAUN YANG CEPAT MEREBAK DI KALANGAN MEREKA, DAN MEREKA AKAN DI TIMPA PENYAKIT-PENYAKIT YANG BELUM PERNAH MENIMPA UMAT-UMAT YANG TERDAHULU IATU AIDS.
2. TIADA MEREKA MENGURANGKAN SUKATAN DAN TIMBANGAN KECUALI MEREKA AKAN DIBALAKAN DENGAN KEMARAU DAN SUSAH MENCARI REZEKI DAN KEZALIMAN DARIPADA KALANGAN PEMIMPIN MEREKA SENDIRI.
3. DAN TIADA MENAHAN MEREKA AKAN ZAKAT HARTA BENDA KECUALI DITAHAN UNTUK MEREKA AIR HUJAN DARI LANGIT. JIKALAU TIADA BINATANG YANG HIDUP DI ATAS PERMUKAAN BUMI TENTUNYA MEREKA TIDAK AKAN DIBERIKAN HUJAN OLEH ALLAH SWT. ~Bersyukurlah adanya binatang. Allah itu Maha Pengasih~
4. DAN TIADA MEREKA MUNGKIR AKAN JANJI ALLAH SWT DAN RASULNYA KECUALI ALLAH AKAN MENGUASAKAN KE ATAS MEREKA MUSUH MEREKA, MAKA MUSUH ITU MERAMPAS SEBAHAGIAN DARI APA YANG ADA DI TANGAN MEREKA
5. APABILA PEMIMPIN-PEMIMPIN MEREKA TIDAK MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH YANG TERKANDUNG DALAM AL QURAN DAN TIDAK MAHU MENJADIKANNYA SEBAGAI PILIHAN, MAKA DISAAT ITU ALLAH SWT AKAN MENJADIKAN PEPERANGAN DI KALANGAN MEREKA SENDIRI
H.R. IBNU MAJAH
Sumber: 40 HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN OLEH USTAZ ABU ALI AL-BANJARI AN-NADWI
Sumber : Facebook (dah lupa link)
No comments:
Post a Comment