Pages

.

Thursday, 30 January 2014

Kurangkan sakit senggugut


Bila senggugut bertandang...

Tetamu yang menyeramkan buat perempuan. Sakit yang cuma orang yang mengalaminya saja tau. Mau cerita dekat orang lain, dorang bukan tau macam mana rasanya. Kalau describe pun, the feeling isn't the same either.

Ndala mau mau cerita panjang lebar macam mana sakitnya senggugut ni. Because, that wasn't my point. Tujuan aku buat entri ni pun cuma mo kongsi satu cara untuk mengurangkan rasa sakit yang melampau ni, bukan menghilangkan, MENGURANGKAN!!!...

Makan pil? Cis! aku rasa badan aku ni sudah penuh dengan toksid-toksid sebab asyik makan bahan kimia yang ntah apa-apa ntah tu.  I avoid taking pills years ago. This is not a good solution in the first place. I'm talking about long term effect, you know, kidney, bones, liver...

Tuala wanita berubat? Sakit bukan di luar, sakit di dalam. Benda di luar tu mau buat apa?

Tiadanya benda-benda tu dalam petua ni. Lagipun, ianya bukanlah costly pun, cuma beli kunyit hidup, sudah!


Ni petua mama aku dapat dari sepupu dia sebab anak sepupu dia punya senggugut yang teruk. Boleh pengsan-pengsan gitu.

Cara-caranya;

Rebus akar bunga raya dengan tujuh hirisan kunyit hidup (kalau boleh, kunyit yang besar tu la)

Bunga raya spesis yang ni la

Minum setiap kali bulan menyimpang. Dalam dua atau tiga hari pertama datang, atau minum selama mana tempoh datang tu. Tapi kalau sudah ada tanda-tanda PMS tu, boleh minum juga. Lagi bagus.

Sebelum minum selawat tiga kali. Nda selawat pun nda apa.

Air rebusan tu boleh simpan dalam peti sejuk untuk 2-3 hari tu. Bila mau minum, panaskan balik atau campur air suam.

Minum semasa bangun pagi dan sebelum tidur. Lagi kerap, lagi bagus, tu pun kalau tahan dengan rasa air tu.

Satu lagi, elakkan memakan makanan pedas dalam tempoh pengambilan air ni. Seminggu nda makan pedas, nda pa ba tu kan.

Amalkan tiap-tiap bulan sampai sakit tu hilang.

Sebenarnya banyak petua, tapi semua tu aku nda pernah amalkan. Cuma yang di atas ni saja.

Alhamdulillah, sejak mengamalkannya tiga atau 4 bulan yang lalu, sakit sudah tidak seberapa. Sakit yang boleh tahan, yang tidak mengganggu aktiviti seharian. Jalan boleh, lari boleh, lompat pun boleh.

Tiadalah rasa mau toreh-toreh tu abdomen yang sakit tu. Tiada juga rasa mau pukul-pukul, tumbuk-tumbuk bahagian yang sakit tu. Tertonggeng-tonggeng atas tilam, golek-golek, tendang-tendang sana sini, menggeliat merenggangkan otot-otot dan sendi-sendi yang lenguh tu pun tiada juga. Berlipat-lipat atas katil pun sudah tidak diamalkan. hohoho...

P/S : Ntah mengapa aku rasa macam mau kongsi.

2 comments:

  1. Entri permpuan... hanya snyum ^_________________________^
    tapi pngalaman abak brada dgn org prempuan yg kna bnda ni..gerun je... macam skit sngat2... lpas tu marah2... x tahu la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut orang juga... klu prempuan tu pndi kawal emosi, takdanya dia nak marah2 sangat :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sum o' spies