Pages

.

Sunday, 10 November 2013

Siapa menangis jam 2-3 pagi tu


Dalam jam dua tiga pagi tadi, time aku tengah tengok naruto, tiba-tiba aku terdengar suara orang perempuan menangis. Kecil dan berulang-ulang entah berapa kali.

Mulanya aku tidak ambil kisah sebab ingatkan bunyi anak anjing jiran sebelah, tapi bila dengar balik-balik, pelik, bukan bunyi anak anjing sebenarnya. Bunyi anak kucing kami pun bukan. Bunyi ayam lagilah bukan. Sebab ia bunyi macam humming pun ada. Dan ia menganggu konsentrasi aku.. dammit!

So aku berhenti kejap dan menumpukan perhatian pada bunyi tu, dekatkan telinga dekat jendela supaya dapat dengar dengan jelas lagi. Ia memang suara perempuan menangis. Ia menangis then berhenti, lepas tu nangis balik. Bila jenguk2 luar jendela, tiada apa2 pun. Buang masa aku betul. 

Kepala aku pun mula fikir, ia suara perempuan atau bunyi angin yang bergeser dengan apa-apa objek di luar sana. Tapi angin bukan kuat pun. Jadi, mungkin bukan.Yang pastinya, ia memang suara perempuan menangis. Agak lama juga suara ia menangis tu.

Oleh sebab aku tidak jumpa punca suara tu, aku teruskan aktiviti menonton Naruto dan membiarkan suara menangis tu. Aku pun tidak pasti bila suara menangis tu hilang. Yang pasti, time subuh, suara tu sudah tiada.

Naruto Shippuden episod 309


Lama sudah aku ndak tengok

P/S : Naruto ni, asyik-asyik flashback. Klu bukan pun, mesti filler. sheet!

4 comments:

  1. Replies
    1. Sebab tu la, kalau boleh, jangan fikir benda bukan2 time waktu macam ni... kena fikir positif.. kalau tak, mesti kita rasa takut sendiri :)

      Delete
  2. xprlu tngk kang nampk bnda tah pape... muahaha wat bodo n enjoy

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu saya buat bodo je.. taknak juga sawan seorang2 dalam bilik.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sum o' spies