Pages

.

Tuesday 8 May 2012

10 laluan yang bakal kita tempuhi


Assalammualaikum...
 
Silalah buka minda dan berfikir sejenak...


10 LALUAN YANG BAKAL KITA TEMPUHI..

 

 

1. LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan iri hati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha’ hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

2. LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu’min
c. Bayar semula qada (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

3. LALUAN UNTUK BERTEMU MUNKAR NAKIR

a. Mengucap dua kalimah syahadah
b. Banyakkan bersedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

4. LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

5. LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairatz

6. LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM

a. Kasihilah aulia ALLAH Ta’ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara’
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

7. LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

8. LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

9. LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD S.A.W
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

10. LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH S.W.T
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i’tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya



Sumber : Mestilah dari Facebook


P/S : Bukan aku buat-buat k, aku dapat dari facebook nih. Just a reminder...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sum o' spies