Pages

.

Tuesday, 15 November 2011

Kelebihan Sujud (Perubatan)

"Dan sebahagian daripada malam, maka bangunlah SUJUD kepadaNya dengan menyucikanNya di sepanjang malam". 
( Al-Insan :  26 )


Kadangkala    mungkin    kita   akan  merasa    kurang   selesa  sekiranya    imam   sujud terlalu   lama,   tetapi   tahukah   kita   bahawa  di sana ada 1000 hikmah yang tersembunyi dari sujud yang sering kita lakukan.

Begitu juga perlu kita sedar bahawa tidak ada sesuatu pun ciptaan dan suruhan Allah    itu  sia-sia  malahan setiap ciptaan Allah  itu  mempunyai kelebihan-kelebihan yang selalunya tidak terjangkal oleh akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk;-
  1. Sujud fizikal seperti mana ketika bersolat.
  2. Sujud   spiritual   berbentuk   ketaatan   kepada   perintah   Allah   dan  menjauhi larangannya.

Apa yang ditekankan disini adalah sujud fizikal.

Ulamak mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah S.W.T iaitu dengan mengalakkan kita bersujud lama. Dari segi ilmu  perubatan, kesan    sujud  yang   lama  akan   menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine,menyegarkan otak serta  menajamkan akal   fikiran seterusnya   menguatkan mentaliti kita

Menurut DR. MOHD OSMAN NASIR, hikmah sujud antara lain ialah:
  1. Melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing). 
  2. Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
  3. Bernafas ketika sujud akan;-
  • Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. 
  • Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed    uterus/ fallenbandwomb) 
  • Melegakan sakit hernia. 
  • Mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 
  • Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan (high parts of the lung)
  • Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @SPLEEN (limpa)
  • Kedudukan sujud   paling  baik  untuk   berehat   dan   mengimbang   lingkungan  bahagian belakang tubuh.  
  • Meringankan bahagian PELVIS.
  • Memberi dorongan untuk mudah tidur. 
  • Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika bangun darinya. 
  • Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik   memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik   (smooth   blood  circulation).  
  • Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada. 
  • Mengurangkan kegemukan (obesity). 
  • Gerakan     bahagian    otot  memudahkan       wanita   bersalin,  organ   peranakan mudah   kembali   ke   tempat   asal   serta  terhindar   dari   sakit  bergelombang  perut convulsions). 
  • Otak     manusia   (organ   terpenting)   menerima     banyak   bekalan    darah   dan oksigen. 
  • Kesan   psikologi   adalah   dengan   merasa   rendah   diri di hadapan  Pencipta,  sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan.
  • Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF  CEREBRUM. 


Sumber: Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah (siri 24/05)


P/S: knowledge is to be shared.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sum o' spies