Pages

.

Wednesday, 14 September 2011

ISIMEWANYA WANITA ITU -Bahagian 1-



Assalammualaikum W.B.T...

Wahai para-para wanita solehah, ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita dan bertuahlah anda yang bergelar wanita.



1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." 

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh. 

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. 

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. 

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca"Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah"- (Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa); maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya. 

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga. 

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga. 

10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak- anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka." 

11. Syurga itu di bawah telapak kaki wanita yang bergelar ibu.

Wallahualam

P/S: Bersyukurlah kita wahai wanita~~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sum o' spies