Dikisahkan pada suatu hari, Rasulullah SAW bersama sahabat dan umatnya sedang duduk di dalam masjid sambil menunggu waktu Isyak, tiba-tiba suasana di dalam masjid itu menjadi riuh kerana terdengar bunyi kentut. Para jemaah masing-masing menunding jari, menuduh dan mentertawakan sesama sendiri. Ketika Bilal bangun untuk melaungkan azan isyak, salah seorang sahabat bangkit dengan suara yang lantang mengatakan,
"Sebentar lagi orang yang kentut tadi pasti akan keluar mengambil wuduk"
Rasulullah SAW hanya memerhati dari jauh gelagat sahabat-sahabatnya itu. Para sahabat terus menunggu untuk melihat siapakah gerangannya yang akan keluar untuk mengambil wuduk nanti. Alangkah terkejutnya mereka kerana yang bangun dan keluar mengambil wuduk itu adalah Rasulullah sendiri.
Baginda berkata kepada sahabat-sahabatnya itu,
"Aku masih berada dalam keadaan wuduk, tetapi aku mahu mengambilnya semula. Maka, aku ajak kalian semua mengambilnya semula bersamaku"
Selamatlah sahabat yang terkentut tadi dari ditertawakan oleh sahabat-sahabatnya yang lain.
Diriwayatkan di dalam sebuah hadis sahih;
عن عبد اللَّه بن زمعة رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أنه سمع النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم يخطب... ثم وعظهم في ضحكهم من الضرطة فقال لم يضحك أحدكم مما يفعل (مُتَّفَقٌ عَلَيْه) ِ
Dari Abdullah bin Zam’ah R.A bahawasanya Nabi SAW menyampaikan khutbah : …… Lalu baginda menasihati mereka yang tertawa ketika mendengar bunyi kentut di mana baginda bersabda: kenapa kamu mentertawakan kentut yang sebenarnya kamu juga mengalaminya (mutaffaq alaih)...
(HR. Bukhari dan Muslim)
Menertawakan Kentut Adalah Kebiasaan Jahiliyah
وكانوا في الجاهلية إذا وقع ذلك من أحد منهم في مجلس يضحكون فنهاهم عن ذلك
“Dulu mereka (para sahabat) di zaman jahiliyah, apabila ada salah seorang peserta majlis yang kentut, mereka akan tertawa. Kemudian baginda melarang hal itu.” (Tuhfatul Ahwadzi, 9/189).
Imam Ibnu Utsaimin menjelaskan,
الإنسان إنما يضحك ويتعجب من شيء لا يقع منه، أما ما يقع
منه؛ فإنه لا ينبغي أن يضحك منه، ولهذا عاتب النبي صلى الله عليه وسلم من
يضحكون من الضرطة؛ لأن هذا شيء يخرج منهم، وهو عادة عند كثير من الناس.
Biasanya kita akan mentertawakan dan berasa hairan dengan sesuatu yang tidak pernah terjadi pada diri kita. Sementara sesuatu yang dirinya juga alami sendiri tidak selayaknya mentertawakannya. Kerana itulah, Nabi SAW mencela orang yang mentertawakan kentut.
Jelas menunjukkan bahawa Nabi SAW menegah perbuatan mentertawakan orang yang kentut kerana perbuatan tersebut mengaibkan si pelaku.
"Seseorang muslim itu saudara bagi muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang muslim, Allah akan mengilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat"
(HR Al-Bukhari)
P/S: Astaghfirullahalladzim... berdosanya aku
No comments:
Post a Comment