Pages

Tuesday, 4 February 2014

Semakan status permohonan BR1M



Pemohon boleh menyemak status permohonan BR1M melalui;

Hotline
Status permohonan BR1M boleh disemak dengan menghubungi talian Hotline BR1M : 1-800-88-2716 yang beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin-Jumaat) bermula pada Febuari 2014.
Pesanan dari Bilik Operasi BR1M

*Urusan melalui hotline mungkin mengambil masa yang lama, sila jangan guna mobile phone (nanti kredit habis :3)

Pos
Sekiranya lulus, pemohon akan menerima Surat Pengesahan pemberitahuan lokasi dan masa untuk menuntut boucher bayaran (macam dulu juga).

Email
Pertanyaan status permohonan melalui email dengan menghantar email kepada : br1m3@treasury.gov.my

Jawapan akan diterima selepas 1 atau 2 hari waktu bekerja. Sila berikan maklumat seperti Nama dan No. Kad Pengenalan semasa mengirim email untuk membantu penyemakan.


***************************

*Semakan status melalui online hanyalah untuk agensi berdaftar sahaja.

**Bagi pemohon yang memohon secara online dan manual dengan memberikan maklumat akaun, wang akan terus disalurkan ke akaun penerima.

***Bagi pemohon yang tidak memberikan nombor akaun tetapi layak menerima, akan menerima surat pengesahan dan boucher bayaran seperti sebelumnya.

****Pembayaran akan bermula pada 22 Febuari 2014.


Bagi pemohon yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan dengan mengisi semula borang rayuan Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang boleh didapati di mana-mana Cawangan LHDN yang terdekat.

Borang yang telah lengkap diisi boleh diserahkan semula ke pejabat LHDN tersebut.

Kemaskini : 10 Febuari 2014

P/S : Akan diupdate dari masa ke semasa

1 comment:

  1. terima kasih maklumatnya ..

    Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

    ReplyDelete